Tuesday, March 04, 2014

Throwback: Rotavirus

emergency room, Pantai Ampang

















Never in million years I would have thought Hamza would get Rotavirus
But he did.
It's really scary to see my son vomited everything 
He can't drink anything
Not even a sip of plain water
So let me share this experience so that other parents will not take this lightly

It all started when Hamza had fever and flu frequently than usual
It was December 2013
1st week demam...makan antibiotic...elok
next week selsema pulak and sebab selsema dah warna hijau kena makan antibiotic lagi
3rd week of december dia demam balik...
I feel really sad at that time sebab dia baru masuk taska masa tu
aku rasa antibodi dia tak kuat nak duduk taska
kejap-kejap sakit
but he's one active boy running around macam tak sakit
cuma taknak makan je

25 December 2013 (rabu)
Our 2nd wedding anniversary
celebrate makan-makan kat the curve
Then bila balik aku sakit perut and cirit-birit
esoknya aku dah ok
Hamza pulak demam
nasib baik aku dah mula ambil cuti tahunan from 25th-1st Jan 

26 December -29 December 2013 (Khamis-Ahad)
dia masih demam on off and sabtu tu mula cirit- birit
aku kira 9x dia cirit sabtu tu
malam aku bawak pergi klinik
Doc bagi ORS (air garam) tapi hamza taknak minum pun
doc kata give a day or two as long dia active and nak minum susu
ahad tu dia masih cirit tapi cuma 5x macam tu
Dia aktif cuma aku perasan dia macam berkerut tahan sakit perut
bila aku bukak baju aku tengok dia tahan perut ke dalam
(macm kita tahan perut supaya x nampak buncit tu)
kitorang dok sapu minyak yuyi kot dia kembung perut ke apa
pastu kejap2 dia menonggeng pulak macam sakit perut sangat

Malam ahad tu hamza dah mula muntah everytime minum susu
aku ni kalau demam selsema aku boleh lagi
tapi bila dah muntah susu macam air paip aku mula panik
dengan penat mengemaskan muntah lagi
so I said to surfacing kalau esok dia taknak susu kita bawa hospital

















30 December 2013 (Isnin)
As expected Hamza tak boleh minum susu dah
dia akan muntah even bagi sip air kosong
aku memang dah kemas beg awal-awal and aku tau dia akan admitted
So we went to Pantai Ampang pergi emergency
Bila doc kat emergency check dia tengok hamza dia terus kata
"I rasa dia kena Rotavirus"
dia kata all classic simptom tu ada-
muntah, cirit birit, mild fever before cirit, sunken abdomen, dry skin (dehydrated)
and sunken eyes (mata hamza mula nampak cengkung)
so kena ambik darah...even nak ambik darah pun susah sebab hamza dah mula dehydrated
2x cucuk baru dapat ad of course kena pakai IV line tu masuk air
dapat result memang confirm Rotavirus

Signs of Rotavirus





































30 Dec -31 dec 2013 (Isnin-Selasa)
Masa tau tu aku macam rasa menyesalllll sangat tak ambik vaksin rotavirus
aku tau aku tak ambik sebab masa tu aku baca vaksin rota ada babi
and aku pun tak terfikir akan kena kat hamza
tapi menyesal dah tak guna lah kan
Rotavirus ni takda ubat ye
satu-satunya cara ubat dia adalah minum air garam (ORS) (Supaya usus serap mineral)
minum SMECTA (supaya najis dapat dibentuk) dan minum banyak air (supaya tak dehydrated)
Kemudian kena la bersabar time cirit tu sebab itu saja cara nak flush out semua virus-virus tu
isnin tu hamza cirit dalam 10x
dah boleh minum but still muntah
rotavirus ni boleh bawa kematian kalau budak2 dehydrated
That's why it's really important untuk budak2 kena rota ni masuk drip kalau tak boleh minum 

















Hamza tak banyak meragam cuma dia boring
dahla asyik cirit je.. dulu masuk hospital sebab demam cuma duduk je layan dia kan
bila kena rota ni berulang alik toilet basuh cirit dia and tukar pampers
penat nya tuhan saja yang tahu 
aku tanya doc tu apa punca kena rota ni?
Doc cakap boleh dapat kat mana-mana je
as simple as letak anak kau dalam troli supermarket 
or even anak kau pegang atau duduk kat kerusi restoran yang telah diduduk sebelum ni oleh budak yang kena rotavirus
aku dengan zul mula la buat spekulasi kat mana hamza dapat
bukanlah taknak salahkan diri sendiri, but we are very careful
tak pernah letak hamza kat troli supermarket, pakai sanitizer kat rumah and masa dining out
so our speculation:

1) hamza dapat kat taska
2) hamza dapat masa makan kat secret recipe (mungkin kt high chair dia)

surfacing siap cakap dia confident kat secret recipe tu

1 Jan 2014 (Rabu)
Sambut new year kat hospital gitu
dahlah aritu sambut first ramadan kat hospital jugak
anak oh anak
day 3 kat hospital hamza masih sama
masih cirit almost 10x 
tapi dah boleh minum and kitorang bagi dia minum susu soya for the time being
Doc kata perut tengah lactose intolerance..usus dia tercedera jadi tak boleh proses
susu lembu...kitorang bagi similac
mula-mula taknak minum tapi bila dah haus dia minum jugaklah






















aku call taska inform pengetua dia yang hamza kena rotavirus
and minta dia aware kat budak-budak lain takut ada yang kena dapat dari hamza ke
to my surprise takda siapa kena rotavirus kat taska
meaning I have to rule out the possibility of he's getting the virus from the nursery
sebab doc cakap virus ni SANGAT SENANG BERJANGKIT
even kau dah basuh tangan dengan sabun virus ni kuat gila
dia masih hidup dan boleh berjangkit 
betapa paranoidnya aku bila dengar perkara ni
bila aku basuh cirit hamza kat toilet aku make sure aku basuh dengan air panas lantai tu
seluar baju dia yang terkena berak aku terus buang


















Bilik kitorang pun label as isolation room - no visitor
budak yang baru baik dari rotavirus kena kuarantin kat rumah at least 2 days baru boleh hantar nursery
tak boleh bercampur sama budak lain main kat playground ke swimming pool
supaya tak berjangkit kat orang lain
bayangkanlah
macam mana dengan parents yang tak perasan anak yang dia ingat cirit-birit biasa rupanya kena rotavirus?
haa...dari situlah dia boleh berjangkit2
aku baca yang rotavirus ni very active masa bulan 11-12
oh my patutlah





















2 Januari 2014 (Khamis)
Hamza dah boleh minum tanpa muntah
jadi aku confident kata dengan doc aku nak keluar jaga kat rumah
since tak payah pakai drip kan
Doc kata boleh as long aku rasa comfortable
Bukak je drip tu hamza berak-berak balik
Aku kuatkan hati tetap nak balik rumah
sebelum balik tu surfacing dah buat pembersihan kat rumah
segala cadar toys dia basuh pastu dia sembut dettol kat carpet, sofa
and apa saja surface yang mungkin telah disentuh oleh hamza
petang kami dapat discharged 
Total cost 4 days around 2+++ 
Thank God ada Prudential (bukan iklan, kenyataan)





















tapiiiii
hari yang discharged ni lah paling mencabar
sampai pukul 12 malam Hamza telah berak 19 kali!!!!!
bayangkanlah
sampai tahap bila bawak bilik air hamza dah nangis sebab fobia asyik kena basuh je
tapi aku yakin yang ini adalah berak Finale dia
19kali nak buang semua virus tu sampai habis
aku gembira yang amat bila tengok berak dia mula ada form
sebelum ni berak rotavirus ni macam susu basi- warna putih cream and bau pelik
sebijiklah macam rupa virus dia ni
















Seorang mak sampai tahap tengok berak anak pun happy kan?
oh dear what have we become?
A mother, indeed.





















3 Januari 2014 (Jumaat)
aku terbaca artikel tentang kepentingan ORS (Air garam)
minum sikit pun jadilah sebab itu yang terbaik untuk kembalikan cecair dan garam bada
trick dia - aku bagi hamza minum 5ml guna syringe setiap 10 minit
since dia taknak aku paksa jugak pakai syringe tu
siap tutup hidung dia supaya dia telan ors (skill aku belajar dari nurse)
and Alhamdulillah masa ni memang hamza dah tak cirit
syukur
memang semalam yang 19x tu finale lah
tapiii surfacing pulak cirit birit
teruk jugak dia kena sampai tak tidur semalaman
aku yakin dia terjangkit rotavirus gak ni
nasib baiklah sehari je pastu elok dah

Bunch of meds...banyak gila





















one thing aku nak share adalah diet untuk anak kena cirit-birit ni
tak boleh main sebarang bagi makan
nanti lagi teruk ciritnya
so bagi makan
BRAT - BREAD, RICE, APPLESAUCE, TOAST

Aku mula bagi puree pisang kat hamza
and licin semangkuk dia makan
Then aku campur apple+pisang
pun licin
Ya Allah seronoknya tengok anak selera makan
since kena rotavirus ni berat hamza turun almost 1kg in just 2 weeks

aku ambik cuti sampai isnin- 6 januari walaupun hamza dah sihat
sebab aku nak make sure hamza ada lapse lepas sihat
supaya orang lain tak kena
Good news is...I dont have to send him to nursery anymore
sebab babysitter hamza tak jadi pindah
Alhamdulillah memang besar rahmatmu
selepas dapat ujian, dapat kesenangan
aku terlalu happy sebab aku takyah risau dah hamza taknak makan ke apa
lidya pandai jaga hamza and I am so blessed dapat bs macam dia 

something from uncle anas





















2-3 Hari lepas hamza sihat tiba-tiba aku teringat masa kitorang sambut anniversary dekat the curve tu
aku nak bawak hamza pergi changing room nak tukar diapers
and sebab nak cepat sangat aku terus pergi kat changing room the curve yang ramai-ramai tu
masa tu terlalu ramai parents tukar diapers anak
and bila time aku, aku tengok tempat tukar tu berlengas nya lahai
aku alaskan dengan alas yang aku bawak
tukar cepat-cepat and blah sebab belakang aku ada mommy lagi nak tukar diapers anak
usually i will take my time...sanitize dulu and baru alas
tapi sebab orang dah beratur takkan aku nak lambat-lambat lak kan
aku ingat memang aku rasa tak selesa and rasa tak best
and you know what,
I have a feeling hamza got that darn rotavirus from that dirty changing room
and bila aku cerita kat surfacing dia pun kata without a doubt memang kat situ
bukan secret recipe hahahaha kesian tak pasal kena tuduh secret recipe

takpalah nak terjadi
but experience ni buat aku and surfacing lebih paranoid dari biasa
now kalau pergi makan luar first thing before dudukkan hamza dekat baby chair
adalah spray and lap babychair tu dengan sanitizer
same goes bila nak tukar diapers dia
tak pedulilah orang nak pandang pelik atau nak kata poyo ke
atau nak kata kalau nak bersih sangat jangan makan luar bawak anak
whatever man
I've learned my lesson

Anyway, vaksin untuk rotavirus only available untuk baby 0-6 months old
kalau dah kena macam Hamza dia akan immune, InsyaAllah
tak silap aku dah ada vaksin rotavirus yang takda DNA babi
apa-apa pun ask your paediatricians
to vaccine or not It's totally up to you
kita semua nak yang terbaik untuk anak kita
InsyaAllah




5 comments:

LisaLisut said...

terer betul daya ingatan u pet. kalau i mmg terigt dh wpn tu memory paling pain huhu. allah bg ujian kt u sbb tau u can go thru it. hikmahnya, bs hamza xjd pindah hehe. legaaa.

bagus post ni. biar semua org aware psl rotavirus..huhu..

Umie Aisya said...

Alhamdulillah dah ok pon dia. 19x cirit babe mmg horror ok. Thank god that's the finale. Aku selalu lap kerusi kt kedai makan pakai wet tissue je.lps ni kena bwk sanitizer la.

Dils said...

Horrornye rotavirus. Before this memang dah aware dengan teruknye kalau kena, especially if kena kat budak and orang tua. Tapi if baca or dengar orang cerita lagi tambah2 rase takut. Cirit 4 5 kali pon dah rase kesian takut... ni berbelas kali!

Alhamdulillah he got better. I sometimes sanitize gak but usually tak, horror lak pikir, but I usually do it after sebab tak suke pikir anak dah makan lekit2 and biarkan je and orang lepas kite kena susah2 bersihkan pulak. Orang2 kedai ni bukan lap kan kerusi baby tu *mak stresss*

Hana Soffelia said...

OMG Pet! i baru perasan entry ni. Poor Hamza n lucky dah ok kan. Btw pet, i tak faham tang npe rotavirus active dalam bulan 11-12? hehe

See pet, di sebalik kesusahan tu ada kebahagian. Gembira juga bs hamza tak jd pindah.

Cik Hazz said...

Kesian Hamza.. i pun tak ambik rotavirus for Hana. sebab paed kata optional.
Hana kena gastro (lupa plak bila haha), symptoms sama lebih kurang macam rota jer gayanya cuma perut and mata dia taklah sunken. muntah2 and cirit birit. mungkin firasat you betul pasal punca tu sebab you cakap you cirit birit jugak kan. Hana kena dari i sebab a day before tu i cirit birit. and most probably i got the virus from the train. sighh.. musim sejuk ramai orang sakit, tak boleh nak elak. ;(