Tuesday, August 27, 2013

Almost 12 months

9 Months

In less than a week hamza akan genap setahun
My boy is almost 12 months! 
Gasppp
How time flies kan
Rasa macam baru je raya tahun lepas aku masuk hospital
Birthday hamza pada 31 ogos ni 
Merdeka baby

Dah lama aku tak update pasal development hamza
Last masa dia 7-8 months
Jadi kalini aku sekali harung update masa dia 9 months hinggalah sekarang

Ukuran (latest masa 11months)
Tinggi:74cm
Berat: 8.8kg


1. Sleeping pattern
Masih sama macam dulu senang tidur
Still sleep thru the night
Sekarang dia akan tidur pukul 8malam
Bangun pukul 10 feed and tidur balik around pukul 12 or 1
Tapi sebelum tidur tu aku akan cosleep kejap pasal aku takut tertido
Kalau letak dalam cot dia memanjat pulak
Somdiamdok golek kiri golek kanan sampai la dia tertidur
Aku akan alih dia dalam cot
Tidur siang wajib 2x nap pagi dan petang and lamaaa around 1-2 hours nap


Gerammm sangat tengok gaya tidur dia yang macam2 gaya ni
Aku memang tak boleh tahan rasa nak pelukk je kalau tidur comel2 macam ni


2. Feeding

Sadly hamza dah tak BF
Hamza df sampai 8 bulan  pastu dia reject kira nursing strike lah
Aku totally depends pada pumping sampailah dia 9 months
Aku cuma mampu dapat dasar botol je
Sampai tahap tulah rezeki dia i've tried my best
Maybe aku lebih kental kalau dia masih nak breastfeed
Tapi bila dia reject memang payah aku mak maintain
To date dia dah minum up to 7oz
Feeding kerap every 2 hours
Kadang2 x sampai 2 hours nak susu dah
Air masak tak suka walaupun aku bagi dia buat main je
Susu masih s26 step 2 promil gold 4 tin sebulan 
Takpelah nak asalkan awak nak minum susu ummi happy
Pegang botol tak suka
Kalau dengan abah pandai berdikari pegang sendiri
Tapi kalau dengan ummi dan dan nak main rambut la garu peha la
Banyak akal


Ni minum dengan abah
Yang ni dengan ummi tengok tangan tu main rambut





















3. Solid food
Hamza practically eats anything takde alergik apa
Sehinggalah dia admitted sebab viral fever pada 8-12 julai
Lepas je dia keluar selera makan memang berubah
Kalau sebelum ni semangkuk selamba habis tak sampai 20min
Tapi tiba2 dia nak makan 10 sudu pun payah!
Sedih sangat aku



Ada sekali dia makan telur dia muntah banyak
Kali kedua aku bagi telur aku buat bubur custard pisang
Dia makan punya banyak habis semangkuk
Msa tu kami buka pose luar elok je macam gambar kt atas ni
Malam tu time dia tidur dia muntah macam air paip
Naib baik kami tak tidur lagi
Then muntah macam paip smpai 5x
Pukul 11malam aku bawak pegi klinik
Dia muntah2 smpi subuh baru ok
Hamza tiba2 alergik telur
Lagi sebulan nak mmr ni...padahal ok je sebiji telur dah lulus
Minggu lepas aku start try ujian telur bagi satu sudu eggyolk dia ok
Ahamdulillah...i have to start again the egg test
Kalau tak memang kena tunda la mmr

Now selera dia makin ok
Tapi dengan syarat bagi makan 3x sehari small portion
And masa makan kena bagi sudip ke apa buat main baru laaa selera
Siang bs bg bagi makan and malam aku bagi around 8pm
Anyway aku dh bagi ikan tenggiri and salmon
Tapi ikan  bukan favourite dia lah walaupun aku dah masak okla takde bau 




4. New skills
Last aku update dia merangkak pada 8 bulan lebih kan
Start 9months dh merangkak laju
9months 2 weeks dah meniti kat sofa and dalam cot
Tapi bila aku tatihkan dia memang dia taknak
So aku just biar dia meniti sendiri lah

Sebelum ni aku tak bagi dia explore rumah
Dia main atas playmat pastu ada kepungan
Macam kat bawah ni tapi makin banyak akal kan
Cepat boring dia mula punggah sana sini

Aku siap letak tent ni memang haramm takde dia nak main de
Sibuk meniti kat footstool tu pastu merengek tensen kena kepung


Akhirnya aku bagi lah dia meluaskan pemandangan
Bukan apa aku ni memang tk sempat kalau hari2 nk kena mop
Tapi demi anak ku gagahkan jua tapi still bukan hari hari la
Kesian dia ada limitation pulak

Ni rumah nenek seronoknya dia luas pemandangan


Ni rumah sendiri balik2 pusing situ je boring gak kan
So mari main bawah meja
Caught in the act
Dia paling berkenan la hai dengan selipar rainbow aku tu
Kena letak atas kang dia sibuk belek kaler rainbow


Skill terbaru selepas meniti ni bukan berjalan ye
Tapi kuss semangat makcik
Memanjat


Amacam ngeri kan dia panjat playpen macam ni
Kalau takde bantal pun diusahanya jugak memanjat 
Motif: nak ambik harta karun yang aku letak dalam penyangkut kat tepi tu
Sikat, bedak, baby oil

Buat masa ni memang tak nampak macam dia nak berjalan
Tapi dah mula try lepas tangan 
Its ok baby take your time
Ummi tak kisah awak lambat ke cepat yang penting u can do it when ur ready


5. First teeth

So masa hamza viral fever sampai admitted tu aku dah rasa dia ada tunggul gigi
Cuma tak nampak lah
Elok keluar hospital terus tumbuh satu atas satu bawah


Punyala  susah aku nak ambik gambar gigi dia
Sorry hamza ummi tricked you to take this picture
So hamza officially tumbuh gigi pada umur 10 bulan 1minggu
Pastu naik cepat and tiba-tiba naik lagi 2
So now ada 2 atas and 2 bawah lah
I'm so excited!



Gambar raya kedua
Sengih je terus nampak 4 gigi
So aku try la bagi bubur kasar sikit tapi dia taknak
So aku slowly buat half blend half kasar
Alhamdulillah dia terima
Aku rasa slowly lah aku ajar dia makan nasi pulak nanti
He has his whole life to learn how to chew
Aku ni jenis paranoid and penakut sikit
Takut dia tercekik
So better safe than sorry
Aku just ikut je hamza
Kalau tiba2 esok dia nak nasik, aku bagilah nasik
Anywho,
Aku bagi biskut heinz pun dah pandai makan sendiri
Siap menangis berjejeran air mata kalau biskut tu habis
Biskut tak lepas dari mulut takut jatuh kau



What else yaa
Toys aku takdela beli banyak sangat
Dia suka main benda yang bukan mainan dia macam remote, handphone, sudip
Teramat suka babytv
Siap ada rancangan favourite
Kalau dah nak habis mula buat bunyik dia tau cerita pasni tak best


Aku rasa dah panjang lebar sangat ni
Apa pun aku bersyukur Hamza anak yang senang dijaga
Walaupun kadang2 bila ramai orang dia terus nangis sebab tak biasa
I secretly like it
So takdelah orang nak pegang anak aku sangat
Hahahah apakah pemikiran aku ni sangatlah pelik
Obses mom activated
Oh dia suka buat muka ikan


And dia cepat terhibur
Aku teleng2 kepala pun terkekeh2 gelak
Suka main sergah2 pastu gelak
Suka main drum angin ummi dan abah dia punya kerjalah
Tapi depan ummi and abah dia je
Depan orang ramai terus senyap sunyi jadi reserved
Haha



Oh dear hamza
Never knew i could love someone this much
Surfacing jangan marah i love u too darling
Tapi sayang anak ni ya Allah lainnnnnn sangat
Sayang yang sangat jujur sangat ikhlas sangat sangat lah
3 more days baby to celebrate your birthday
Ummi tak sabar semoga semuanya dipermudahkan
Semoga ada rezeki dan dipanjangkan umur
Ummi and abah love u dear hamza



Tuesday, August 20, 2013

Metallica live in Malaysia



So tomorrow memang sejarah lah bila Metallica first time datang Malaysia
Am i going???
Ah well

Alkisahnya first bila announce metallica datang singapore kami berdua dah excited
Tapi aku tau aku tak boleh pegi 
Sapa nak jaga hamza? Siap plan nak pegi USS lah nak teman zul konon
So masa tiket metallica singapore keluar waktu birthday surfacing 28 jun terus pegi beli tuuu
Punyala surfacing takut habis punya pasal
Paranoid gila


Anywho tiba-tiba depa announce Metallica datang Malaysia!!!
We were like whatttttt
So mula2 surfacing kata takpalah pergi dua kali
Yang malaysia dia beli tiket biasa
Aku pulak seronok pasal aku boleh pergi!!!
Surfacing macam berat hati hati tapi lama-lama dia kata boleh
Asalkan babysitter setuju nak jaga hamza
Aku tanya lidya dia kata okeh no problem
Fuhhh semangat aku ni

Tapi aku macam ada berbelah bahagi
Setiap kali aku peluk hamza aku tak sampai hati pulak
Bayangkanlah kalau aku pergi benda start pukul 9pm
Confirm habis pukul 12
Nak sampai rumah jem tu gerenti ambik hamza pukul 2 camtu
Time dah pagi buta dia dah tidur
Esok nak keja nya lagi
Haih

Tiba-tiba surfacing dapat jual tiket singapore dia
So dia nak beli tiket platinum kt sini yang RM680 tu
Lagi laa aku macam ermmm 
But aku x buat decision sampailah hari tiket start jual kat kl 
Dia bukak booth 9am kat fahrenheit
Aku baca kt twitter orang datang pagi gila beratur punya panjang

Kami kan ada anak memang tak dapatla nak datang awal macam tu
Kami semangat ni 
Aku ngan hamza pakai baju metallica lagi
Pukul 12 baru gerak
Surfacing dok senyum dia tau aku takkan beli tiket punya
Sampai sana dah takde beratur pun
Kecoh je dorang ni
Lagi pulak aku bawak hamza dengan stroller bagai
Terus dia bagi laluan vip tak payah queue
Ngeeee

Masa  beli tu aku macam demmm
I have to make a decision, important decision!
Metallica yang mungkin hanya sekali je datang ni?
Atau hamza yang aku boleh je nak hantar kat babysitter
I mean come on u send him to bs weekdays waktu siang 12 hours
Takkan yang 6 jam ni tak boleh nak bertolak ansur?
U gotta have some fun too girlll
Tu lah yg dok bermain di fikiranku
And akhirnya aku purchase 2 tiket



1 tiket for surfacing and another one is for his friend
Not me.
Yes, i decided to choose my son.
It's a mom thing
Taktau cemana nak explain
I just don't have the heart to leave my son 
sleeping at someone's house so i can have some fun
Not just yet

So semasa aku dok tunggu tiket ada orang approach surfacing
Dia suka hamza pakai baju metallica
Dia dok ambikla gambar hamza
Rupanya dia DJ mix fm 
And anakku masuk fb mix fm daa



Tapi ciss kenapa muka anak aku macam nak berak je?
Dia lagi comel dari gambar ni lah
Eh puji anak pulak


Haa patutnya dia capture macam ni baru laaa kan
Lepas beli tiket kami terus balik
Malam tu hamza demam dedar badan dia
Esok tu tiba-tiba demam panas waktu malam
Dan isnin tu dia masuk hospital
But that deserve another entry

Lagi lah menguatkan aku untuk tidak pergi metallica
My son needs his mom
Abah dia pergi tengok takpa
At least surfacing boleh pergi enjoy band yang dia minat dari darjah 3 tu
Dengan hati yang tenang tak payah nak fikir nak jaga keselamatan aku
Pastu memikirkan hamza kat rumah orang
And yes you read it right
Surfacing minat Metallica dari DARJAH 3!


So my dear surfacing
Go have fun you really deserve some break from daddyhood
With your bromance anas tu
Anyway, 
Lamb of god is coming to town for rockaway festival this september
And the same question again,
Am i going?
Ngeeee



Thursday, August 08, 2013

Syawal 2013



First time raya dengan anak tersayang, muhammad hamza.
First time raya aku buat rendang daging minang and jadi
First time raya bertiga
I am so blessed.
Selamat hari raya Aidilfitri
Maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga
- Nor Lela Abdul Ghani, Mohd Zulkarnain & Muhammad Hamza
Aku cuti sampai 18hb woihhh bestnyaaaa!