Monday, March 25, 2013

Cookin' Up (Pt 3)

setelah ada anak ni boleh dikira la berapa kali dalam seminggu je aku masak
weekdays memang selalu beli je
weekend baru masak
itu pun kalau duduk rumah
kalau keluar memang makan luar la

aku serius tak sempat
nasib surfacing jenis tak breakfast selalunya dia brunch kat office
aku pun pukul 7am dah keluar..
bangun pukul 6 pagi pun mesti lambat gak biasanya 7.10 baru keluar 
bila balik paling awal pukul 6.15 pm sampai terus ambik hamza 
sampai rumah mandi pastu bf  sterile segala botol dia tiba-tiba dah dekat pukul 8 malam
so bila masanya nak masak
aku akan hanya boleh masak kalau husband balik awal untuk tengokkan hamza
usually dia sampai around 8pm
kalau aku ngan hamza je memang setakat panaskan minyak jela mampu
sebab kalau aku takde depan dia memang menangis penuh kehibaan berjurai2 air mata
last week penah sambil goreng terung sambil dukung okayy
tapi precaution: 
aku cuma dukung time nak balikkan terung je bukan time masukkan terung dalam minyak
but still too dangerous!

kadang2 kesian kat surfacing asyik makan bungkus je
Tapi dia selalu tak kisah sebab kalau tunggu aku masak mau pukul 10 baru dinner
rasa bersalah sangat tapi tetap beli nasi paprik ibrahim maju
dia paling boring kalau aku macam tak tau nak makan apa
yela kadang2 rasa dah bosan sangat sampai aku sanggup makan cerelac dengan milo je

Baked Meatballs


















kalau aku masak pun yang simple2 je
kuey tiow goreng/ laksa goreng/ nasi goreng/ macaroni goreng/
spaghetti meatballs/ baked meatballs/ baked macaroni and cheese/ roasted chicken/ 
ayam masak merah/ ayam masak negro/ ayam berlada/ sotong sambal
itu jelaaa dok ulang-ulang
paling hebat aku pernah masak adalah kurma ayam
gulai, kari semua tak pernah buat lagi
Tapi usually surfacing tak pernah komplen pasal semua tu dia suka
lagi2 kalau western
korang memang masak hari-hari ke kat rumah?
Respect la siapa2 working mother yang masih boleh masak everyday without fail

kalau surfacing masak, aku akan suruh dia buat homemade burger
memang sedap sangat aku pun taktau apa dia letak
dalam pantang pun aku makan ni tu sebab gedempol sekarang

surfacing's home made juicy cheese burger

















Tapii dalam banyak2 masakan aku
Blackpepper roasted Chicken ni yang paling surfacing suka so far
aku pun suka sebab nak buat dia senangggg sangat
bahan sikit, grill je dalam over
sambil grill sejam tu bolehla buat kerja lain
pastu buatla side mashed potato atau mac and cheese
and wallah wonderful dinner for my lovely husband
aku ambik resepi kat foodwishes.com
almost semua resepi western aku ambik kat sini sebab confirm sedap

kalau tengok pada rupa macam tak seberapa
tapi tryla memang sedap/ fresh/ light/ healthy/ hearty
Pastu nak lagi best ko makan dengan sos peri-peri extra hot
serius sebijik rasa nandos

















Recipe Blackpepper Roast Chicken
(untuk seekor ayam yang dah potong)

garlic 5 - smashed
thyme+ rosemary (aku pakai yg McCormick je bukan fresh)
blackpepper ground (aku tumbuk dalam segenggam kecil)
lemon juice (sebiji) 
- perah dulu then potong2 lemon tu masuk sekali
salt (lebih kurang 1 or 2 teaspoon)
mix semua ni 

masuk ayam dan rub satu2 bahan dengan penuh kasih sayang
make sure semua kena mixture ni
dah siap simpan dalam fridge at least 1 hour
(biasa aku buat malam untuk makan esok)

dah keluar dari fridge
potong bawang holland sebiji
drizzle olive oil
letak garam lagi agak2
Bakar/ Grill for 1 hour
(kalau nak rasa nandos - letak sos peri2 brush kat ayam)

Ting!
dah masak jom makan

* aku memang tak buat gravy sebab aku suka makan dengan sos peri-peri
even juice from roasting pun dah sedap macam tu je
tapi kalau nak buat gravy:
1 cup water + juice from roasting+2 table spoon flour and simmer
add salt






















Sides biasanya aku akan buat mac and cheese/ mashed potato je
veggies takde


Recipe Creamy Cheesy Mashed Potato:
2 kentang holland rebus dengan kulit
dah lembut mashed + add butter 
(aku suka letak half butter supaya rasa creamy)
add cheddar cheese/ mozarella cheese
add salt + blackpepper ground
add fresh milk

* ke'creamy'an mashed potato depends pada amount butter and fresh milk
aku tak buat gravy sebab dah sedap macam ni



Recipe Mac and Cheese:
half butter
bila butter dah bunyi
masukkan tepung gandum/ allpurpose flour 1/4 cup
whisk supaya tak berketul

masukkan basil, oregano, cayenne,
italian herbs (thyme, rosemary, parsley)
masukkan 1 cup fresh milk and stir
masukkan another 1 cup fresh milk
add nutmeg (kalau takde pun takpe - bg sweetness sikit)
masukkan 1tbsp lea perrins (worcestershire sauce)
masuk garam
masuk djourn mustard (kalau ada)
stir frequently guna whisk
tutup api dan masukkan cheddar cheese/ mozarella
selalu aku masuk dalam 6-8 keping cheddar cheese

gaul dengan macaroni yang dah rebus
(rebus macaroni dengan garam+basil..dah tos gaul dengan butter)

Kalau nak bake:
dah gaul letak dalam baking pan
tabur mozarella/ shredded cheddar cheese
tabur breadcrumbs (roti tu ko blender je)
bake 400 degree (200 celcius) for  20-30 minutes

















wah tiba-tiba mood nak share resepi laa pulak
ni semua cha punya pasal la baca blog dia mesti telan air liur
tengok food yang dia makan and masak...haha
anyway thanks babe good info sila share lagi tempat2 best nak makan
rindu pulak nak makan That Little Gerai tapi buka malam je
tunggu Hamza besar sikit la baru boleh pergi

More recipe I've posted before:
cookin' up (pt 2)
Cookin' up (pt 1)

Big Day Out - IKEA

I wear my baby and I love it!




















Mula-mula taknak pegi IKEA Sales
Tapi sebab confident Hamza dah sihat
and kami pun dah lama gila tak keluar berjimba
jadi ahad  pukul 9 pagi dah keluar rumah
nasib baik pagi tu orang masih tak terlalu crowded
masih senang parking
and of course aku babywearing to avoid hassle
The best part about babywearing tangan hands free nak memilih barang
tak payah nak risau pasal stroller tersangkut jam orang ramai
and Hamza tidur all the way dari masuk sampai keluar bayar - 1 and half hours





















Ikea sales - nothing much yang sale pun
kami perasan banyak je harga biasa only certain item je sale
adalah dalam 20 barang je kot yang knockdown price
yang paling kelakar bila foot stool yang dulu harga dia RM8.90
sekarang jadi RM75 and  dia highlight as best price...ngeee
aku pun more kepada nak survey je
tapi dalam survey rabak poket jugak
gembiranya ummi dapat beli bead roller coaster untuk Hamza
dah lama stalk web ikea
Bead roller coaster Ikea















around 12 noon  punggah barang masuk kereta
and bawak stroller untuk round the curve
kesian hamza ummi lupa nak bawak stroller pad
punya clumsy laki bini sebab dah lama gila tak pakai stroller
siap lupa nak buat stroller facing kitorang dah kepala hamza terteleng nak tengok ummi nya
dia pun quite excited duduk dalam tu -  but only kalau time jalan je
bila berhenti mula la ek sana ek sini rimas

Hamza dah tak baring macam baby





















I didn't pack any food for Hamza sebab ingat boleh skip je makan dia
but lepas bagi susu pun mulut dia dok mengunyap
kitorang pun nak lunch and risau kalau dia terliur2 pulak nengok kami makan
so surfacing kata - kita beli je heinz baby food
nak ke ikano nampak ada booth depan MPH The Curve jual home made food
nama nya baby ambrosia
fresh+no sugar salt+no preservative
banyak gak menu dia
aku beli Puree sweet potato+spinach
pekerja pun hygenic siap sanitize tangan and pakai sarung plastik
untuk reheat makanan je
harga 1 pack = RM 6.90















Masa makan Hamza taknak duduk dalam stroller
so aku cakap kat husband apa kata kita try letak kat high chair
ini lah ghopenya dapat duduk high chair...



















sampai meleleh air liur syok sangat jadi orang besar
sobbsss anak ummi dah boleh duduk sendiri
anak ummi dah besar (bangga campur sedih hiba sikit memang mental)
Tak sangka dia dah boleh duduk kat high chair dengan tegap
siap kedepan ke belakang buat muka puas hati dapat duduk semeja dengan ummi and abah dia
bagi dia makan puree tu dia makan dalam 10 suap pastu mengamuk nak makan bip





















dalam banyak2 toys kat toys 'r' us
benda kuning ni yang paling buat dia gelak besar
sampai tertidur sendiri penat melayan si kuning ni
apa-apa sajalah anak oi asalkan ko bahagia





















balik rumah kami bertiga terbongkang tidur kepenatan
I can say it's a weekend well spent!


MY INTERMONOLOGUE:
The Beatles - Eight Days a Week

Friday, March 22, 2013

Try a Little Tenderness

Hamza first semisolid pada umur 6 bulan 9 hari
Ada orang yang tak berkenan aku bagi Hamza makan lambat
but I have my own reason
first:
Hamza baby preemy
macammana  sihat pun dia kat secara fizikal
but inside aku tak tau walaupun aku selalu berdoa yang baik-baik
I will always keep in mind yang hamza baby premature

2nd:
Semua signs dah ok kecuali dia takde langsung tunjuk minat nak makan
kalau aku makan depan dia bagi sudu pun dia buat taktau je
sampaila masa umur dia 6 bulan 7 hari tiba-tiba dia dapat pencerahan agaknya
maka harusla esoknya ummi dia kelam kabut beli barang itu ini supaya dia dapat makan
so Hamza officially makan pada 9 Mac 2013 (saturday) jam 2.30pm


Preparation





















Jumaat tu aku beli a few stuff to prepare his food
Mostly barang2 ni aku list lepas aku stalk blog mommies2 ni
Thank you so much lah pada mommy2 yang share gadget2
memang berguna untuk aku tak payah pening kepala kat kedai dah
aku beli avent mini blender sebab aku kalau pakai blender biasa susah nak jadi puree betul
yang ni memang confirm jadi puree baik punya..berbaloi baloi
beli pinggan pureen sebab ada cover and bpa free
sudu US baby konon2 heat sensor tapi hampeh tak jadi apa
sipping cup for beginner tommie tippee tapi seminggu pakai dah jahanam
so now aku pakai avent punya...best sebab rubber teat dia lembut and air senang keluar
baby cubes tu sebab takde pilihan...aku sebenarnya nak beli style icebox tu
tapi tak jumpa yang ada cover

aku sebenarnya confuse nak bagi puree ke plain rice
aku baca ramai kata better bagi plain rice sebab gluten free and takde alergic
pastu konon nak bagi kurma yelah sunnah kan atau pun labu
Tapi di hari kejadian aku telah bagi puree carrot



Day 1 (9 Mac 2013)





















Masa Hamza afternoon nap cepat2 aku steam 1 small carrot
just pakai steam yang dah ada
blend halus
letak susu ibu marmet situ jugak and taraaa
Hamza first semisolid food




















Aku memang saja buat cair sikit sebab takut sangat dia tersedak
Kami laki bini excited bebenor
laki amik gambar
aku pulak Bismillahirrahmanirrahim baca doa makan
suapan pertama

aumm apa ni ummi?

sedap jugak makan sama jari

kunyah dengan jari pun best




air apa ni tak sedap langsung





































Alhamdulillah hamza berjaya makan habis
sikit je dalam 1 setengah sudu besar actually
aku  bagi carrot 3 hari je sebab dia takda alergik apa
tapi Hamza benci gila air masak
adui bila aku bagi kemain dia tonggang cawan tu
tapi lepas tu berjejeran keluar mulut
sabar jela wahai anak


Day 2 - 10 Mac 2013

day 2 aku buat amount banyak sikit
memang banyak sangat kot
confirm tak habis


carrot lagiiii? blearghhh












































































pastu aku try bagi apple
dia reject buat muka masam nyaaa
padahal apple tu manis tapi taktau kenapa bila steam hilang manis
pastu sweet potato pun dia tak suka
plus masa tu dia tengah batuk kahak so appetite dia memang down
maybe later aku try lagi

Monday 18 mac 2013 aku start bagi plain rice
he took it well
so far sampai today dia masih on plain rice
first aku bagi brown rice dahla aku taktau yang rupanya brown rice kena rendam 24 jam
Thanks for this entry lara
nasib dia poopoo ok je tak sembelit
kemudian aku bagi beras faizah Basmati
kat kedai COOP ni jual RM9 je sekilo
esok aku nak try buat bubur letak bayam

anyway semalam selera hamza naik sebab dah sihat agaknya
makan sampai tak cukup
siap nangis sebab lapar lagi
kesiannya anak aku
lidya pulak inform aku through FB
sister in law aku kesian nengok hamza suggest bagi instant cereal
aku call lidya kata tak perlu bagi instant cereal, just bagi susu
lagipun untuk umur 1 year below ni susu masih makanan utama
1 year above baru susu adalah makanan pelengkap
memang habis ebm 4oz dia minum
gembiranya aku appetite dia dah ada




















aku bukannya obses gila taknak bagi instant food/ cerelac kat hamza
Kalau busy gila ke apa mungkin aku akan bagi jugak
in fact aku ada beli sepeket Bellamy organic instant rice just in case
cerelac beras pun ada tapi yang itu untuk ummi and abah dia makan..heheee
(ohh we loveeeee cerelac sedappnya la hai)

cuma at the moment biar dia makan homemade dulu
dia masih try and error makan
aku nak make sure dia tak alergik apa-apa dulu
am just following my instinct as his mother :)
Thank you to my surfacing sebab sebagai abah hamza
dia pun amat firm apa yang anak dia patut makan

anyway abah hamza juga berjaya ambik video first makan
makan siap angkat kening tak tahan
sebijik macam abah!



Thursday, March 21, 2013

Knife Party

bukan hamza







source





Like other expecting mothers, aku memang nak bersalin normal
I told myself everyday yes I can deliver normal as natural as possible
Tapi Allah Maha Besar
Hamza lahir at 35 weeks
even though I've tried for 2 days untuk deliver normal
siap induce pitocin pakai drip
still takde rezeki
aku bersalin secara caesarean section
tapi aku redha asalkan anak aku selamat

Sebelum bersalin ramai kata c-section ni memang seksa la kau lepas beranak
pastu kau akan gemuk
setelah melaluinya
No, not that bad actually takdela terseksa kesakitan
yes, memang aku gemuk tapi sebenarnya ramai je lepas operate badan slim cantik
cuma bukan rezeki aku lagi untuk badan cantik
semalam aku check untuk inject lagi
berat aku sekarang 75KG...hahahahaha nangis naik lagi 2kg
Ok serius ini last aku inject
lepas ni merancang secara natural jelah

sehari lepas operate memang rasa ngilu gila la nak bangun
dia tak sakit, tapi ada rasa berat macam nak roboh kat perut
itu yang buat ngilu
Plus kebas semacam je perut tu
pastu bila tengok tempat jahit perasaan ngilu seriau tu bertambah
itu yang buat aku rasa macam sakit dan dan
nak bangun dari katil adalah sangat tension sebab kena mengereng dulu pastu
baru angkat badan slow-slow
katil kat NICU tinggi gilaa dekat 10minit aku cari jalan nak bangun ok

tapi lepas seminggu operate
aku dah buat laundry...
plus aku pantang sendiri-siap angkat bakul laundry
tapi jangan buat macam aku buat pulak
nasib baik aku tak bentan
tapi luka tempat jahit aku merah-merah la sebab jalan laju
pastu angkat barang lagi
so dia punya parut jadi tak seamless
sedih

one month,
memang takde sakit apa la
just ngilu kalau terlebih angkat barang
tapi KEBAS tu tak hilang-hilang kat perut
aku pun tak tau bila akan hilang
even until now dah 6 months kebas kat atas tempat jahit masih ada
tapi aku dah angkat macam-macam
and aku carry hamza pakai boba since month 4 pun takde masalah

masa pantang aku makan ikan haruan fresh
ayah aku memang ada bela ikan haruan and keli fresh
aku tak makan pati ikan haruan sebab pernah terbaca
pasal effect makan pati ni
memang cepat baik tapi dia sebenarnya memaksa luka untuk baik
jadi daging tu bertaut nak cepat so dia serabai kat dalam tu
esok kalau c-section lagi sekali nak bukak balik dah macam susah
aku cuma makan after 40 days

The thing about c-section
kau cuma ada peluang nak dapat 4 orang anak maximum
dengan syarat kena jarak at least 2 tahun
umur aku dah 30...so InsyaAllah kalau jarak 2 tahun
by 40 boleh dapat 4 orang lah..kalau diizinkan Allah
nak anak lebih dari tu tak boleh la ye
by the way aku sendiri adalah anak c-section
aku anak ke 3 dari 5 beradik
lepas aku semua adik-adik aku c-section
the last one my brother was born via c-sect and my mom age masa tu 41
kuat kan my mom
aku ingat lagi doctor masa tu cakap kat mak aku
"ini mungkin salah sorang mati sebab kakak dah 41 and dah 3 kali operate"
tapi doctor bukan Allah kan :)

c-section ni lagi high risk dari normal delivery
walaupun tak rasa sakit contraction

1. Risiko kematian ibu/ anak atau kedua-kedua sekali sebab pendarahan
2. Risiko anak lemas
3. Risiko infection kat baby amat tinggi
4. baby kena pengaruh drugs yang telah diinject pada ibu untuk prep c-section
5. ibu ada masalah tulang belakang

banyak lagi boleh check kat sini
and check out this one

anyway kalau baca history of c-section kat wikipedia ni amatlah interesting
sadly zaman dulu masa tengah experimental cut open orang ni,
mostly mothers tak survive during c-section
and usually it's only performed bila mak tu dah mati and cuma nak selamatkan baby je
and one of the legendary surviving case was from Iran

An early account of Caesarean section in Iran is mentioned in the book of Shahnameh, written around 1000 AD, and relates to the birth of Rostam, the national legendary hero of Iran.[22][23] According to the Shahnameh, the Simurghinstructed Zal upon how to perform a Caesarean section, thus saving Rudaba and the child Rostam"
- wikipedia


So kalau ada peluang, deliver lah bayi secara normal.
sakit itu penghapus dosa
semoga next pregnancy nanti aku dapatlah merasa kesakitan sebenar seorang ibu

Tapi lepas tengok video ni...baru la aku terasa kesakitan c-section
Ngeri gilaaaaaa dia lapah je perut aku rupanyaaa
this video a bit graphic
not for the faint hearted

c-section live


my beautiful c-section baby Hamza


Wednesday, March 20, 2013

Admit




















Jumaat lepas aku tulis entry night fever
aku tak sedap hati
motherly instinct aku kata ambik half day and bawak hamza pergi hospital
Around 3.00pm we decided to bring Hamza to hospital pantai cheras
Ingat nak bawak selayang tapi government ni selagi budak tak biru atau sawan dia takkan admit
I strongly feel Hamza should be admitted to hospital sebab batuk dia teruk sangat
Why pantai Cheras? aku pun tak tau tiba2 terpacul mulut kata pegi sana
sedangkan pantai ampang pun ada

Jumpa doctor wong yang sangatla baby friendly
aku explain apa aku dah buat before this chest percussion, sedut bla bla
he said, I am well informed cuma satu je- Hamza ada bunyi wheezing
macam bunyi bersiul
meaning - salur pernafasan dia dah menyempit sebab virus buat kahak tu mengembang
dan berkumpul kat saluran pernafasan dia hence the wheezing sound
and bila tengok dada hamza nafas laju and ada lubang kat tengah
that's not good he said - sebab hamza sedut nafas dengan payah sehingga ada lohong kat dada
Dr Wong diagnose hamza kena ACUTE BRONCHIOLITIS

why?
penyakit ni kira macam common la for infants
sebab udara kita ni bukan sihat sangat
dengan cuaca kejap panas kejap lembap
virus pun senang berpindah randah
so dalam keadaan sekarang ni hygiene is very critical + avoid crowded place

Result: 
Kena admit and neb every 2 hours
Kena spray hidung
Kena makan ubat demam sebab masa tu demam dah 39.2c
breastfeed frequently

Lepas discuss and confident insurans company surfacing boleh cover cost, kami admit
petang tu aku balik umah kejap pack barang macam nak pindah
segala warmer, toys dia aku bawak
nasib tak angkut sterilizer sebab hospital ada bagi tablet
dan terasa menyesal pulak kenapa laaa aku pegi cheras ni...dah la jauh dari sri gombak
pastu jalan jem macam cilake
ntahpapa kan


Pantai 1 bedded room







































Day 1 (Jumaat) - 15 mac 2013
Hamza neb every 2 hours
dulu masa neb hamza akan nangis sekuat hati dengan air mata berjejeran
sekarang dia siap sedut asap tu dan nak jilat corong...
pastu tangan sibuk nak pegang wayar
hadui kelakor anak aku ni
wheezing masih ada
aku stay kat hospital jaga hamza
Malam hamza dapat tidur dengan elok compared to the other nights
batuk selsema masih ada






















Day 2 (sabtu) - 16 mac 2013
I think hamza macam dah ok sikit
even Dr. Wong datang check pun kata bunyi wheezing dah takde
cuma lobang kat dada masih ada bila bernafas
so neb every 3 hours saja
demam pun dah takda
The whole day kat hospital just layan dia je
and hamza ada visitor special - Mummy lidya dia datang (babysitter)
Thank you lidya datang jauh2 sudi lawat anak saya
Anak-anak lidya pun rindukan hamza sebab dah seminggu aku tak hantar kat dia
malam  hamza tidur ok takde terganggu

tidur lena day 1 around 2am


tengokla dia buat macam cot kat rumah je

















focus tengok boboiboy. muka anak bapak betul kan





























Day 3 (ahad) - 17 mac 2013
Doc datang pagi kata Hamza memang dah ok sangat cuma ada batuk lagi
and selsema
so dah boleh discharge yeay!
Tapi nak menunggu discharge sebab nak clear insurance punya la lambat gila
Pukul 3pm baru dapat release
Alhamdulillah insuran company husband cover semua kos rawatan
phewww legaaa
Untuk penyakit macam ni 3 hari warded kos adalah lebih kurang 2k-2.5k
dah macam beranak pulak kan
yela aku ni pro hospital kerajaan, kalau nak bayar sendiri memang tak berapa mampu den
Tapi of course servis swasta ni berbeza
pastu masa tunggu tu surfacing baca brochure yang bilik suite
fully carpeted and sofa lagi selesa hanya tambah 20 hengget je
dia dah menyesal tak sudah sebab covered kan
adui kalau nak balik baru baca brochure tak payah dikenangkan laaa sayang oiii

Happy nak balik rumah

On the way back home sweet home. muka hamza sedih kereta berhenti






































Prescribed medicine:
1. Ventolin 2ml (fungsi macam neb untuk cair kahak)
2. Singulair(serbuk untuk campur dalam susu) - ubat untuk decrease possibility of asthma
3. Nasal spray supaya hidung tak tersumbat
4. paracetamol (ubat demam) - tak perlu dah
5. ubat flu - tak makan pun
6. aloecare spray (untuk spray kat mulut supaya tekak dia lega tak sakit and senang minum susu)
   - organic aloevera based


Isnin (18 mac 2013)
aku ambik cuti lagi sebab ada surat doctor
aku masih tak confident nak hantar hamza pada BS sebab dia masih batuk and selsema
Tapi petang tu memang aku nampak perubahan besar
batuk jarang-jarang and selsema dah elok
makan pun nak cuma susu masih kurang
ahh lega nya rasa bila anak dah sihat

today and semalam aku dah hantar hamza kat BS
cuma masalahnya hamza kurang minum susu je
selalunya 4kali x 4 oz
semalam cuma 2 times je minum
tapi makan bubur abis pulak
air masak taknak minum
aiyoh risau ummi

hopefully today hamza appetite increase
This thursday ada follow up check up with Dr. Wong
Thank you all yang doakan hamza sihat
my advice to all mommies, kalau anak batuk and ada kahak
Lepas 3 days tak elok sila bawa jumpa PAED
kalau tak elok jugak bawak hospital terus
Sekarang ni virus senang keluar masuk apatah lagi pada anak kita
yang baru nak build immune system tu
Lepas ni InsyaAllah nak ambik vaksin pneumococcal for hamza
better late than never

saya dah sihat lah ummi!






THREE ZERO




















Alhamdulillah
syukur kepada Allah aku dikurniakan nikmat untuk bernafas lagi
Macam baru semalam je umur ai belas belas
tiba-tiba dah TIGA PULUH

No celebration sebab birthday aku ni wrong timing orang kata
time tengah sengkek gila belum gaji lagi kan duit dalam wallet ada singgit2 je..haha
but it's ok the best part is,
birthday aku jatuh beberapa hari sebelum husband akan dapat yearly bonus astro
muahahah..devil's laugh
what to buy what to buy?
my surfacing, jom kita ke fossil..
oh selain itu nak jom LAS VACAS..ngeee


























Ini dia senarai kesyukuran umur 30 aku:

1. Bersyukur kerana dikurniakan kesihatan yang baik, kewarasan, kekuatan
dan kemudahan untuk bersamamu Ya Allah dan untuk menempuh setiap hari
dengan keluarga kecil aku
Hasbi Rabbi Jallallah

2. Bersyukur dikurniakan suami yang baik, bertanggungjawab, sangat penyayang
dan kelakar sangat mengambil berat tentang kebahagiaan aku dan hamza.
Aku tak mampu nak bayangkan
hidup aku tanpa surfacing.
He is my pillar of strength.

3. Bersyukur dikurniakan anak lelaki yang sihat, cukup sifat, bijak dan
membesar dengan baik.
Hamza lah segala-galanya buat aku - he's my everything.

4. Bersyukur kerana kedua ibu bapa masih ada, sihat walafiat dan tak pernah
 putus kasih sayang walaupun tak duduk bersama.
Ya Allah, panjangkanlah umur ibubapaku semoga mereka sihat sentiasa
dan diberkati oleh Mu. Love ayah and ummi so much.

5. Bersyukur dikurniakan ibu mertua yang sangat penyayang,
ambik berat kebajikan anak menantu, sporting dan open minded.
Love u so much mak semoga sentiasa sihat dan dipanjangkan umur.
Untuk arwah father in law, semoga bapak sentiasa dirahmati Allah,
dilapangkan kubur dan ditempatkan bersama orang beriman.

6. Bersyukur dikurniakan adik beradik yang sangat memahami, kelakar
dan caring. Happy birthday to satu-satunya adik lelaki aku, Mohd Azreen atau kembar aku
sebab kami share birthday yang sama.
Nanti aku balik rumah, ko nak bagi aku ipad ko kan? ngee

7. Bersyukur dikurniakan ipar duai yang caring dan sporting.
Semoga hubungan kita sentiasa mesra macam adik beradik.

8. Bersyukur dikurniakan sahabat-sahabat baik sejak sekolah, university
dan tempat kerja yang rapat macam adik beradik.
Juga bersyukur diperkenalkan dengan rakan-rakan baru dalam dunia blogging
yang baik-baik dan tak kedekut ilmu untuk share...you know who you are :)

9. Bersyukur diberikan kerja yang lebih terjamin, ada benefit untuk keluarga
dengan gaji yang better dari yang dulu.

10. Bersyukur diberikan rumah kecil untuk berlindung.
Walaupun hanya rumah sewa, tapi cukup selesa buat masa ini untuk kami.















































Cukup buat masa ini..
nothing else matter selain senarai di atas.
yang lain-lain semuanya bonus pada aku
Now my target is to get our dream house...
semoga dipermudahkan urusan kami
semoga dibukakan jalan
Semoga aku berjumpa dengan Thirty 01


























MY INTERMONOLOGUE:
Foo Fighters - Everlong