Showing posts with label sicnessurfacing. pregnancy01.. Show all posts
Showing posts with label sicnessurfacing. pregnancy01.. Show all posts

Thursday, March 21, 2013

Knife Party

bukan hamza







source





Like other expecting mothers, aku memang nak bersalin normal
I told myself everyday yes I can deliver normal as natural as possible
Tapi Allah Maha Besar
Hamza lahir at 35 weeks
even though I've tried for 2 days untuk deliver normal
siap induce pitocin pakai drip
still takde rezeki
aku bersalin secara caesarean section
tapi aku redha asalkan anak aku selamat

Sebelum bersalin ramai kata c-section ni memang seksa la kau lepas beranak
pastu kau akan gemuk
setelah melaluinya
No, not that bad actually takdela terseksa kesakitan
yes, memang aku gemuk tapi sebenarnya ramai je lepas operate badan slim cantik
cuma bukan rezeki aku lagi untuk badan cantik
semalam aku check untuk inject lagi
berat aku sekarang 75KG...hahahahaha nangis naik lagi 2kg
Ok serius ini last aku inject
lepas ni merancang secara natural jelah

sehari lepas operate memang rasa ngilu gila la nak bangun
dia tak sakit, tapi ada rasa berat macam nak roboh kat perut
itu yang buat ngilu
Plus kebas semacam je perut tu
pastu bila tengok tempat jahit perasaan ngilu seriau tu bertambah
itu yang buat aku rasa macam sakit dan dan
nak bangun dari katil adalah sangat tension sebab kena mengereng dulu pastu
baru angkat badan slow-slow
katil kat NICU tinggi gilaa dekat 10minit aku cari jalan nak bangun ok

tapi lepas seminggu operate
aku dah buat laundry...
plus aku pantang sendiri-siap angkat bakul laundry
tapi jangan buat macam aku buat pulak
nasib baik aku tak bentan
tapi luka tempat jahit aku merah-merah la sebab jalan laju
pastu angkat barang lagi
so dia punya parut jadi tak seamless
sedih

one month,
memang takde sakit apa la
just ngilu kalau terlebih angkat barang
tapi KEBAS tu tak hilang-hilang kat perut
aku pun tak tau bila akan hilang
even until now dah 6 months kebas kat atas tempat jahit masih ada
tapi aku dah angkat macam-macam
and aku carry hamza pakai boba since month 4 pun takde masalah

masa pantang aku makan ikan haruan fresh
ayah aku memang ada bela ikan haruan and keli fresh
aku tak makan pati ikan haruan sebab pernah terbaca
pasal effect makan pati ni
memang cepat baik tapi dia sebenarnya memaksa luka untuk baik
jadi daging tu bertaut nak cepat so dia serabai kat dalam tu
esok kalau c-section lagi sekali nak bukak balik dah macam susah
aku cuma makan after 40 days

The thing about c-section
kau cuma ada peluang nak dapat 4 orang anak maximum
dengan syarat kena jarak at least 2 tahun
umur aku dah 30...so InsyaAllah kalau jarak 2 tahun
by 40 boleh dapat 4 orang lah..kalau diizinkan Allah
nak anak lebih dari tu tak boleh la ye
by the way aku sendiri adalah anak c-section
aku anak ke 3 dari 5 beradik
lepas aku semua adik-adik aku c-section
the last one my brother was born via c-sect and my mom age masa tu 41
kuat kan my mom
aku ingat lagi doctor masa tu cakap kat mak aku
"ini mungkin salah sorang mati sebab kakak dah 41 and dah 3 kali operate"
tapi doctor bukan Allah kan :)

c-section ni lagi high risk dari normal delivery
walaupun tak rasa sakit contraction

1. Risiko kematian ibu/ anak atau kedua-kedua sekali sebab pendarahan
2. Risiko anak lemas
3. Risiko infection kat baby amat tinggi
4. baby kena pengaruh drugs yang telah diinject pada ibu untuk prep c-section
5. ibu ada masalah tulang belakang

banyak lagi boleh check kat sini
and check out this one

anyway kalau baca history of c-section kat wikipedia ni amatlah interesting
sadly zaman dulu masa tengah experimental cut open orang ni,
mostly mothers tak survive during c-section
and usually it's only performed bila mak tu dah mati and cuma nak selamatkan baby je
and one of the legendary surviving case was from Iran

An early account of Caesarean section in Iran is mentioned in the book of Shahnameh, written around 1000 AD, and relates to the birth of Rostam, the national legendary hero of Iran.[22][23] According to the Shahnameh, the Simurghinstructed Zal upon how to perform a Caesarean section, thus saving Rudaba and the child Rostam"
- wikipedia


So kalau ada peluang, deliver lah bayi secara normal.
sakit itu penghapus dosa
semoga next pregnancy nanti aku dapatlah merasa kesakitan sebenar seorang ibu

Tapi lepas tengok video ni...baru la aku terasa kesakitan c-section
Ngeri gilaaaaaa dia lapah je perut aku rupanyaaa
this video a bit graphic
not for the faint hearted

c-section live


my beautiful c-section baby Hamza


Monday, February 04, 2013

Big Me

Overweight selepas bersalin bukan isu zaman sekarang ni
aku serius jarang tengok orang overweight lepas bersalin
dekat office aku ni ada 5 orang deliver sama dengan aku
semua dah kurus kecuali aku
aku pun heran la...
dah macam celebrity hollywood pulak
habis pantang 40 hari turun berat berbelas kg
jeles aku

Year 2010 - 56kg


























aku memang kategori "ada isi" la
berat selalunya range 56kg-58kg
ada perut sebab suka minum nescafe
muka jenis bulat
selalu aku rasa aku patut kurus lagi

Tapi bila aku overweight macam sekarang ni
terus aku rasa macam menghargai sangat bentuk badan aku yang dulu tu
serius
Bila badan membesar ni
Ramai pulak yang bagi remarks kan

"ehh naikknya badan ko pet"
"awak memang gemuk betul ye lepas dapat hamza ni" - ayat best kawan  aku
"baru anak sorang ni..kalau ramai cemana tu "- ayat mak aku
"jaga sikit makan tu.,,jangan makan banyak sangat" - ayat nurse KK
"Tak berpantang ke aritu?" - ayat makcik mana ntah kat ofis ni jumpa kat surau
"eh dah bersalin kann??" - INI PALING KEJI
(aku cuba fikir positif yang minah ni tak perasan aku cuti 2 bulan aritu..huwaaaa)


Mula-mula orang cakap macam tu aku defensive la kan
aku akan jawab
"saya bersalin caesarean
atau
saya pantang sendiri je aritu takde bertungku berbengkung"
Tapi lama-lama aku menyampah
Like, why do I have to explain myself to these people?
It's my body, my life.
So kalau orang bagi remarks aku akan kata
"ha'ahh kuat makan sekarang ni"
dah settle.

Year 2011 (February- before jogging) -60kg























Year 2011 - 60kg




























Tapi serius like i said before,
bersalin c-section bukan lagi alasan untuk ko jadi gemuk bagi mereka-mereka ini
Malah aku sendiri tengok kawan aku ni c-section lepas 40 hari terus cantik badan
Jeles lagi sekali.

Berat before pregnant - 56kg
Berat sebelum bersalin - 68.5kg
Berat lepas pantang - 65kg (turun 3 kg jee haru kan)
Berat lepas 2 bulan ambil injection - 72kg
Berat sekarang - 73.5kg

Makin Hamza besar, makin badan aku membesar
Boleh tak aku salahkan injection perancang sekali
hahaha
ntah aku rasa dia contribute kepada pengumpulan lemak kat lengan dan bonbon aku
serius aku dulu gemuk lengan susah nak naik lemak

orang kata breastfeed boleh kurus
tapi aku mengembang ada la...maybe sebab tak fully breastfeed
Makan memang banyakla tapi takdelah sampai berpinggan-pinggan
biasa pagi aku makan heavy macam nasi
tengahari aku lunch nasi separuh +protein and sayur
malam tengok keadaan
kadang-kadang makan oat je
aku kena makan
kalau aku kurang makan, susu aku pun kurang
kesian Hamza nanti

Year 2011 after jogging - 54kg
























2011 - Wedding day - 54kg


Time macam ni memang aku rasa berpantang itu amat penting!
Apakan daya aku cuma mampu buat apa yang aku boleh buat masa pantang sendiri
Takpelah now baik kita focus pada future je
Aku tak letak target bila aku boleh kuruskan badan
Aku nak start jogging
sebab masa aku jogging 4-5 kali seminggu sejam selepas office hour
berat aku turun 6kg dalam masa 3 bulan
Tapi aku akan jogging bila masa mengizinkan

Serius aku takde masa sangat
aku bangun seawal 5.30 pagi - pam susu
kadang aku skip kalau penat sangat bangun pukul 6.00am
kemudian kemas barang/ basuh botol hamza yang pakai lewat malam
mandi keluar pegi kerja pukul 7.00am
Habis kerja pukul 5.00pm terus amik hamza pukul 6.15pm selalunya
sampai rumah 6.30pm
kemas barang hamza- basuh botol
buat laundry- mandi - susukan hamza- kalau rajin masak- kalau tak makan luar je
pukul 10 tu tidur kejap...pukul 12 bangun pam susu
lipat kain kalau ada
pukul 1 atau 2 pagi tidur balik

So bila aku nak jogging?
I will do it when I'm ready

2012- 6 weeks pregnant -56kg


























Buat masa ni terpaksa hidup dalam kegemukan
The thing about being fat is to find comfortable clothes
first aku stress sebab semua baju , jeans tak muat
baju kerja lagi la
aku terpaksa buat shopping kat jusco
dengan confident aku ambik size XXL baju kerja kat jusco scarlet
Tapi rupanya tak muat juga
lastnya aku shopping dengan SCARLET PLUS
kecewa kan?
Now semua t-shirt band aku tak muat
Semua size S dan M
Bila pakai sekarang dah macam pakai baju budak sekolah pulak
yang paling keji adalah aku boleh pakai T-shirt band Surfacing
haih

So my dear surfacing, nanti saya cari baju-baju awak yang best lagi tu ye
Awak pun bukan muat dah..


















Latest - February 2013 - 73.5kg























Anywho ada kawan-kawan aku dah start pm kat facebook jual produk kurus
aku belum terpedaya lagi
maybe sebab produk kurus ni mahal-mahal belaka.
Bila aku kata suruh sponsor, terus diam semua.
ada sapa-sapa nak sponsor aku ke?
ngeee


Wednesday, August 15, 2012

In The Mood


wow dah hari ke 27 puasa...
kenapa tahun ni rasa macam masa cepat sangat
aku ingat setiap entry aku mention menda ni

Puasa
Anyway, this year nak puasa penuh tak kesampaian sebab semalam tertewas
Muntah teramat teruk lepas sahur buat aku dehydrated
Ntah sejak bila alergic air milo pulak
so pasni sahur minum susu saja la nampaknya

Buffet Ramadhan
Sepanjang puasa ni aku dah pegi 4 Buffet Ramadhan
German Deli Imbiss Ampang (RM 35)
Bubba Gump Shrimp at the curve (RM65++)
Ayers rock Butcher and Grill dekat kota damansara (RM 68+)
Hillside Corner Bukit Antarabangsa (RM38.50)

The best is definitely Bubba Gump Shrimp
Memang berbaloi dengan harga
and apa yang dia list tu memang semua ada
Rasa pun memang sedap and senang cerita aku puas hati gile
especially dapat makan ribs sebanyak mana aku nak
Tengok berapa banyak ribs my surfacing makan




















Rasa macam nak repeat pun ada tapi sudah-sudahla tu
mari kita menabung untuk persiapan raya


Pregnancy
33 weeks!
So far masih ok jalan masih laju
Cuma kadang2 ada pelvic pain kalau aku tawaf shopping mall lama sangat
Kencing makin kerap
Last check up HB aku mendadak turun dari 11.5 ke 10.5
Ni bahana skip pil Iberet..so kena religiously makan to avoid HB low lagi
Berat maintain 68kg maybe sebab puasa
Baby masa last checkup at 32 weeks berat dah 2.07kg
Happy sangat rasa everything so far normal, Alhamdulillah
Hang in there baby lagi 7 weeks to go more or less
32 weeks with adorable Muqeet and Neesa

























Last week buka puasa with my bestfriends Shananeh and Neesa
Lama gila tak jumpa sebab masing2 dah ada komitmen
Rindu gila la kat korang and macam tak percaya Muqeet dah 6 months
He's so adorable, so cheeky!
Congratulations to my bestfriend, Neesa yang dah berhijrah
I'm so happy for you my dear friend
You look so beautiful wearing hijab

My bestfriends + baby Muqeet

























Persiapan Raya

I've bought a few stuff nak deco rumah sikit
Bagi nampak ada seri sikitla
Walaupun color code semua hitam, grey, brown and white
ngeeee

Baju raya akhirnya aku jumpa jugak jubah dark blue nak match sama husband
Punya susah nak cari yang berkenan sampai akhirnya ke PKNS Shah Alam baru jumpa

Biskut raya satu hapa aku tak buat
serius aku balik keja lepas buka tu memang tak larat nak buat apa pun
Kesian my surfacing maybe berharap nak Kookies Munchsters
Mula2 ingat nak buat rendang..nampaknya tinggal impian jela
memandangkan aku kerja hari jumaat
aku tak rasa aku mampu buat hari sabtu tu
We'll see how it goes

Anyway, dah tengok  Hanyut Trailer
A film by U-Wei
Lama gila production dorang ni tak siap siap sangkut dekat post
Tak sabar nak tengok, look promising to me
Hopefully sehebat filem Perempuan, Isteri & ...


MY INTERMONOLOGUE:
Hanyut - U Wei

Saturday, August 04, 2012

Light Inside


Time is flying
dah 2 minggu kita berpuasa
rasa macam cepat sangat Ramadhan tinggalkan kita
As for me, Alhamdulillah so far so good.
Still fasting.
My baby is doing good
I don't feel too hungry or dehydrated
but I have to eat something heavy during sahur

Usually I will take 3 slices of bread with a cup of milo or anmum
3 biji kurma and plain water 3 glasses
Sometimes makan nasik kalau ada lauk2 simple yang best
Hopefully dapat puasa penuh tahun ni

My baby bump is getting bigger
Can't believe i'm already in my 3rd trimester
31 weeks man!

26 weeks


28 weeks

29 weeks

29 weeks

31 weeks











































































So, at 31 weeks ni macam-macam perubahan aku rasa 
Perut bloated lepas makan tu semestinya
sakit bawah ari-ari especially kalau nak kencing
kencing sikit je tapi kerap
kalau nak tidur nak pusing kiri ke kanan ke kiri memang tak selesa
But whatever it is masih gagah berjalan sana sini
naik tangga, kemas rumah still ok
Baby pun selalu pusing-pusing and hiccup
sometimes perut nampak berombak-ombak
tapi bila nak amik video terus senyap

Anywho, I did another 3d scan during week 29 with Jezzlyn
This time memang dah monitor dia suka gerak time 12.30 sharp
But masa tu 1st day puasa
so masa scan tu dia tidur je and macam biasa kaki angkat tutup muka
lepas dah tickle and tepuk2 perut baru la bergerak-gerak
Finally dapat jugak a few shots of my baby
and this one yang paling clear

my precious at 29 weeks




















My surfacing and I officially panggil dia pipi gembing
muka dah chubby
1.3kg at 29 weeks
dear oh dear...I can't wait to see you my precious
Tapi jangan keluar masa week 36 ye my baby
sebab masa tu abah ko ada pulak team building naik cruise seminggu
Tunggu dalam perut dulu sampai abah balik ye...
ngeee


MY INTERMONOLOGUE:
Doobie Brothers - Black Water

Thursday, July 19, 2012

All I Need


Father's day celebration 2012





















Ramadhan 2012

Cuti ganti aku dah approved for 2 days
So byebye kerja esok and Monday
Straight 4 hari cuti especially nak menyambut bulan Ramadan ni
Amat menggembirakan hati aku

My first year akan berbuka dengan husband
Bukan lagi dengan umi dan ayah
Bukan lagi main order je nak makan apa first day puasa dengan umi
Now I have to cook and I seriously don’t know what to cook
Nasib baik aku cuti boleh buat preparation

But I know I’m gonna miss buka puasa at home badly
Suasana dia lain dengan mak ayah kan?
But this is a new and special experience for both of us


My Little Child

Semalam aku macam risau gila sebab baby senyap je from 10.00am until 3.00pm
Puas aku ketuk perut suruh dia bangun
Last aku bukak asmaulhusna and lagu classical Mozart barula dia bergerak
And today Alhamdulillah sangat aktif
Siap pagi tadi first time rasa dia hiccup
It’s a rhythmic movement non stop for a few minutes
Macam bubbles gitu
Sian my baby tersedu-sedu

This Saturday nak buat another 3d4d scan
Can’t wait to see my little boy
Hopefully kalini awak tunjuk muka ye jangan block dengan tangan atau kaki dah


Kookies Munchsters

Nak puasa ni teringat tahun lepas aku menyiapkan berpuluh-puluh balang
“Kookies Munchsters”
Serius rindu nak baking balik
Tapi malangnya badan tak berdaya
Aku stop baking kookies munchsters sejak pregnant
Sebab tiba-tiba membenci baking
Dahla takde oven dah ni
Kalau nak bake guna microwave oven tu alamat berjam-jamla tak siap kookies aku
But kena buat jugakla sikit this year untuk makan


Raya?

Cakap pasal raya walaupun belum puasa pun lagi ni
I’m freaking out bila pikir eh aku nak masak apa suami nak makan pagi raya ni???
I never cook rendang my whole life!
Setakat tolong-tolong potong, tumbuk, kacau tu ada lah
Takkan nak masak spaghetti mac and cheese pulak?

So kena pi belajar and try and error la nampaknya
Cemana nak masak rendang and kuah kacang at least
Cita-cita besar ni nak buat kuih ros la, kuih gunting, nak bake cake
Hopefully kesampaian la


Anywho,
I really wish boleh puasa penuh this year
Tapi nervous jugak sebab aku ni selalu lapar saja kalau siang time pregnant ni
Hopefully semuanya dipermudahkan.


MY INTERMONOLOGUE:








Tuesday, June 19, 2012

Inside Us All

Two faces 

























1. I quit my job and now working at Kelana Jaya with a GLC company. No more 10 minutes drive to work,flexible hours, cosy office, wonderful boss, casual attire and stress free environment. This is a 8.00-5.00 cubicle working cycle. Wake up at 6.00am and leave to work at 7.00am. No pantry, no sneak out to Giant to buy groceries, very malay environment. Still adapting with new work hours, 40 minutes drive braving the LDP and 23 colleagues in one department. On the bright said, better paycheck and benefits.


2. Will move to another rented house next  2 week. Have not pack a thing. Have to do some packing job this week. Lucky us the new landlord is nice enough to paint the living room to white (imagine my horror tengok purple living room masa 1st time tengok), renovate the toilets and do repair works before we move in. At least the house will look better. Cuma kitchen a bit too small and old for me. Apa-apa syukur ada rumah nak duduk. and yes, still around the block je ...ngee



3.  I had a throat infection and bad cough since last week. Throat infection ni dah teruk even the doctor pelik I didn't suffer any pain. It's been there for 2-3 months and I thought it's just an ulcer. Batuk pulak sebab pregnancy allergy. So tak boleh buat apa. This month medical bill is a bit too high for us...



4. I'm 25 weeks pregnant, yeay! Baby so active especially if makan lambat. Like yesterday I didn't had dinner because I had doctor appointment and baby move non-stop sepanjang 2 hours of waiting. Kesian dia lapar sangat la tu...Balik je rumah pukul 11 malam terus makan nestum and susu baru la dia senyap. Poor my baby...



5. Susah nak kawal berat yang naik ni sebab last checkup my weight increase 3kg. That's not good for this stage of pregnancy. Limit 2kg only. So i'm a bit worried since I really like all the sweet stuff macam kuih donut, chocolate and makan nasi lemak lagi. 3 weeks to another checkup and I already gain 2kg...I'm screwed.



6. So far dah beli 60% of the baby stuff. Lain-lain tu slowly after pindah rumah nanti. Recently beli sterilizer with warmer autumz and tak try pun lagi sebab malas...Big thing yang belum beli adalah baby cot/ playpen. Still undecided tapi like I said before, we prefer playpen. Tapi yang suka tu macam mahal lah kena tengok budget cemana



7. We want to sign up for prubest insurance for our baby so dah submit application. One of the process is to get a gynea report so last saturday we went to Hospital Pantai to get it done. Bila buat ultrasound my baby masih breach position. Even though it's normal during 24 weeks tapi the doctor advise us not to take this insurance until the baby is born. Sebab report tak cantik baby breach. Sedih rasanya but at the end of the day we decided to sign up later sajalah...kita ikut apa nasihat pakar.



8. Because I'm new to the company and still under probation, so tak entitled maternity leave. Means NO SALARY FOR 2 MONTHS. whoaaaa stresss jugak masa aku dengar tu. Akta kerja kata kena 9 bulan berkhidmat baru entitled. So terpaksa la saving monthly salary selama 4 months ni nak cover yang 2 months tu. Tapi Allah SWT tu Maha Kaya dan Pemurah, elok-elok aku masuk ni ada penyelarasan gaji and kenaikan elaun and aku entitled. Alhamdulillah, walaupun tak banyak tapi amat membantu sangat sangat. Syukur.



9. Current craving - still oranges, watermelon, vitagen, nasi lemak kerang, kuih donut, kuih keria, apa-apa kuih manis, jagung bakar. Peel fresh orange... But now kena stop mana yang boleh buat batuk tu.



10. Now minum susu Enfamama vanilla flavour. Memang sedap rasa vanilla tapi macam manis lah pulak. Katanya Anmum tu banyak gula. The thing about susu Enfamama, everytime lepas minum mesti rasa nak purge and sedikit loya.
Maybe I should switch to anmum back.



11. Office baru aku ni toilet dia takde sabun dan tissue. I mean come on..memangla cuci pakai air kan tapi nak lap pakai apa pulak lepas tu? Takkan basah-basah sarung kot? Dahla aku ni setiap 30 minit nak pegi kench. So terpaksala bawak toilet paper sendiri-sendiri ye...sabar jelaa

12. Snow white and hunstman okla cerita dia. Maybe Ms Stewart too rigid lah watak dia. Too twilight. 
Now tak sabar nak tengok The Dark Knight Rises this July!



By the way, bila tengok stats blog ni ada orang telah search "Pet Norlela Ghani" and eventually lead to this blog la kan...
Alamak sapakah yang search nama aku sebegitu sekali?
Ngeeee


MY INTERMOLOGUE;

Wednesday, June 06, 2012

We Can Work It Out

22 weeks baby bump


























23 weeks 3 days
so far so good
no more loya, muntah and senak
but definitely senak kalau makan nasi tambah 2x kan...ngeee
my appetite really good, in fact I gain 4 kg in 1 month
kalau kemas rumah takda masalah boleh mop, sapu, vacuum, basuh bilik air
takde rasa penat
tapi bila dah siap, amik ubat sakit pinggang di kemudian hari
current favourite food:
watermelon, oranges, cadbury roast almond, egg sandwich and nasi lemak.
Esok ada check up kat KK
tolonglah HB aku jangan turun lagi kalau tak bisingla nurse nanti



Anomaly scan & 3d/4d
I did anomaly scan with 3d/4d scan during 21 weeks of pregnancy
booked 3 days earlier with jezzlyn at klinik fauziah, ampang
serius aku and surfacing risau sangat
sebab anomaly scan ni very detail and boleh tau kalau ada abnormality ke apa
Alhamdulillah, everything great.
baby sihat dan sempurna, syukur sangat-sangat.
baby not too big or too small, semua just nice.
yang kelakar baby ni asyik tidur je sampai Jezzlyn ketuk-ketuk perut pun dia buat taktau je
pastu tangan asyik block muka dia
This time memang nampak gender dia clearly 100% sure
finally after almost 20 minutes dapat a few shots of him






















Kalau kat video siap nampak dia buat muka tutup buka mulut
siap menguap
kesian my baby mesti tension kena kacau

so dia telah protest
instead of tutup muka dengan tangan, dia tutup muka dengan kaki pulak




















Macam ni pulak gaya dia marghohh
terus buat akrobatik tutup muka dengan kaki


Baby Checklist
sepanjang 5 bulan ni aku memang takda beli barang baby
Not even a romper
and last saturday we decided to start buying some baby stuff
I didn't do much survey just baca from blog mother-to-be je
First stop expo pwtc yang hampeh tu
Serius buang masa
Then pegi manjaku sale, FOS baby and one baby world
ada la beli sikit2 barang macam rompers, milk storage bottle, swaddle
On sunday we went to One Utama to watch Snow White & The Huntsman
and yang tak sangka, we decided to buy stroller at Jusco
ada yang suka gile macam graco amat berat and bulky
yang lightweigh macam quinny and combi pulak mahal sangat
Sebab kitorang jenis malas nak buat comparison sangat
We bought SCR5 with carseat SCR7
Harga affordable with specs yang memuaskan hati
SweetCherry stroller, please be good to my child
Now, half list dah crossed
One more big stuff to buy is baby cot or playpen
Still undecided

Btw masa beli tu, SA india ni tanya
"kenapa melayu suka beli barang baby awal-awal?"
Aku pun tatau nak jawab apa
sebab aku ingat memang standard, bila pregnant dah halfway ni startla buat preparation
regardless of race
ngeeee



























First Kick
Last 2 weeks baby gerak time aku tengah lunch with my lady boss at Shah Alam
aku macam eh ni baby gerak ke angin
after that ade rasa gerak-gerak lagi
Last week paling best, time meeting with my lady boss
tiba-tiba rasa macam rama-rama bergerak
Literally macam butterfly in my stomach!
lasted for 15 minutes
Tersengih-sengih aku time meeting
Tapi this week dia macam gerak sikit je
takde butterfly dah
oh dear, gerak la lagi.... I really miss the butterfly feelings
Hopefully next time boleh nampak gerak dekat perut pulak :)



MY INTERMONOLOGUE:
Lifehouse - Spin

Friday, April 27, 2012

Big Me

Just like other first-time pregnant mom, aku agak obsess ambik gambar perut sendiri
Masa baru-baru preggy, asyik dok capture gambar dari tepi
mana bump nya ni?
excited gila la orang kata
Sebab masa mula-mula just nampak macam ko terlebih makan je kan

8 Weeks


10 Weeks

















































Recently ada terjumpa kawan lama... first dia sebut
"eh apsal ko bulat ni?"
Maka dengan penuh yakinnya aku menjawab ...
"ohh aku pregnant lah"
Padahal memang aku jenis bulat pun kalau tak pregnant...
ngeee

12 Weeks

14 Weeks















































But now I get much more excited because the bump has start showing
Nak pakai baju ala-ala maternity pun confident je
Takdela rasa mengada sangat
Especially jeans dah susah nak button sebab aku cepat senak
So far takda rasa heavy kat perut
But I get back ache kalau duduk lama-lama

16 Weeks


























Sekarang dah 4 bulan mula kurang rasa loya
Mula rasa macam normal sikit
Senak pun dah kurang, Alhamdulillah
Ingat nak start looking for baby stuff
Tapi bila aku tengok checklist dekat blog mommy2 ni aku pun pening
apa ke banyak gila barang baby ni wey?
Dahla aku tak paham ape kegunaan dia
and so lazy to google or browse those onebabyworld site yadayada
seru belum sampai orang kata

Sicnessurfacing

























Esok check up and InsyaAllah boleh tau gender my child
Oh I can't wait!
Hopefully dia bukak luas-luas...
ngeee



MY INTERMONOLOGUE:
Naked Breed - Tribute

Friday, April 06, 2012

You Make Me Feel



12 weeks
This picture was taken during my last checkup 2 weeks ago
My child exactly 3 months old in the womb
dulu masa awal checkup aku selalu terfikir aku ni ada perasaan keibuan ke
sebab aku baca blog orang lain first dengar heartbeat baby dah menangis bagai
tapi aku macam okay jela
Really really happy but takdela sampai nangis



But checkup kali ni lain sikit
Still not crying but ada sedikit hiba
Macam wow couldn't believe my eye
I am carrying a life
and now dah nampak form, shape, heartbeat, telinga, kaki, tangan
and aktif gila berpusing-pusing masa scan
Happy yang bersyukur
Alhamdulillah to date anak aku nampak sihat
Good progress
Semoga dia membesar dengan normal
Semoga Allah SWT memberikan yang terbaik untuk anak aku



Me at 13 weeks
Berakhirnya trimester 1
Mostly kata after trimester 1 dah takda loya and muntah
aku masih muntah lagi waktu malam kecuali masa pegi Feringghi ni
but now dah 2 days tak muntah but still loya and senak
Hopefully 2nd trimester will be better
Thank God it's friday esok boleh tengok the hunger games.
Next month The Avengers!
Gasp!

Anywho bila Blackberry nak ada Instagram ni.
Nak beli iPhonenya apakan daya lambat la lagi sebab bukan priority.
Sedih hati makcik android dah ada..huhuhu.

And what in the world is PREVE?
TV3 pronouce as "Preef"
BFM pronouce as "Per-vay"
aku pulak ingat kan "Pray-vay"
Funny.

Suddenly I feel like watching Top Gun..
Is that craving?


MY INTERMONOLOGUE:
Berlin - Take My Breathe Away

Friday, March 02, 2012

A Life Less Ordinary


Rayyan-Hopefully my baby as fair and as cute as you!


9 weeks.
Alhamdulillah so far so good.
Last week check dah dapat dengar heartbeat.
Baru tau yang heartbeat baby ni laju rupanya ye.
Tersengih-sengih bila terpikir
menyesal tak ambik video heartbeat tu
Another 3 weeks to go untuk trimester 1.
Masih berhati-hati and keep praying everything safe and smooth.


Antara simptom selama 9 weeks:

1. Takda morning sickness tapi evening pukul 5pm-10pm

2. Waktu maghrib paling crucial - dah 4x muntah so far

3. Suka makan yogurt especially berries flavor

4. Dulu boleh minum susu sekarang kena minum dengan cereal sebab loya

5. Dulu terbayang fried food dah loya sekarang tak boleh makan spaghetti

6. Suka gila nasi lemak. Minggu ni dah 4x aku makan nasi lemak. Rasa bersalah sangat.

7. Driving nak balik tu amat meloyakan so kena kunyah snickers

8. Love bananas especially dole!

9. Perut berangin, senak and susah sendawa

10. Emotional sikit tengok cerita sedih sikit je dah berair air mata. So not me!

11.Snacking every 1 hour to avoid nausea. Current favourite- biskut munchys, biskut tiger,
oat krunch and snickers.

12. very dry and itchy skin and acne break out...sigh.

13. Very sleepy during the day and mild back ache

14. Cepat mengantuk - pukul 11.00 maximum pastu terus pengsan sampai pagi

15. Malas masak and jadi clumsy bila masak.
kalau dah malas memangla macam-macam kan.heh.


Other than that, I think everything ok
Rasanya tak teruk lagi so far since tak muntah sangat
I hope trimester 1 berakhir dengan baik
Can't wait for the next phase :)


MY INTERMONOLOGUE:
Ash - Goldfinger

Wednesday, February 08, 2012

With Arms Wide Open

We stand in awe,
we've created life

With arms wide open
Under the sunlight
Welcome to this place
I'll show you everything

With arms wide open
Now everything has changed
I'll show you love
I'll show you everything...

6 weeks,
Alhamdulillah.




MY INTERMONOLOGUE:
Creed- With Arms Wide Open