Friday, January 04, 2013

Smooth Criminal

Ahad selepas aqiqah kami decide untuk botakkan Hamza
Aku and Surfacing awal-awal memang plan nak buat sendiri

Sebab:
1. kami lebih percaya diri sendiri yang akan lebih gentle dan sabar handle anak
2. Takut orang lain nak cepat, tak cermat,dan tak sabar
3. Takut surfacing naik hantu pulak kalau kepala anak dia luka kena cukur orang..haha..kidding my dear

Sebelum cukur macam dah tau-tau siap letak tangan atas kepala


























Masa Hamza lena dalam pelukanku tengahari kami decide terus buat
Alhamdulillah Hamza memang behave sepanjang bercukur
dia tidur je
Bila bangun je aku terus suap BR bagi dia lena balik
Rambut dia bukanla lebat mana pun
tapi jenuh jugak nak buat sebab My Surfacing ni memang jenis detail





Tengok syok betul dia orang dok main kepala
takda bergerak-gerak langsung
Surfacing pakai shaver Schick Gentle and Sensitive
Serious recommended memang safe and gentle betul




Time ni aku ngan surfacing dah start nak tergelak tengok muka dia botak tengah
sorang lenguh memangku
sorang lenguh cari angle nak cukur




ops dah bangun jadi kena bribe dengan susu supaya dia kekal tidur
ni sambil bercukur sambil minum baik punya




Kena pangku macam ni pulak sebab nak cukur kat area atas tengkuk
time ni aku and surfacing gelak non-stop sebab rasa macam kelakar sangat
botak separuh macam ni macam alien
nak cukur je masing2 terhenjut2 badan tahan gelak
yela takut dia bangun kang tak pasal anak aku separa botak
sementara nak tunggu dia tido balik
Akhirnya selesai juga selepas almost an hour
Lega takda luka cuma merah la sebab bila dah cukur baru nampak ruam kat kepala dia
aku terus lap badan and tengkuk
tukar baju dan letak bedak kat kepala sebab takut Hamza gatal nanti

























Tu dia dah botak dia macam tau je kepala dia dah ringan
kemain happy yang amat
aku pulak rasa macam kepala dia besar je pas botak ni
ngeee





















Tengok happy gila dia ni ntah apa yang kelakar
Tiba-tiba rasa macam Hamza nampak bad ass gila dengan stail terbaru ni
now dah mula tumbuh rambut buah kiwi...halusss

Tentang amalan bercukur:

Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi)

Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin.

Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak.




Tapi kalau adat sekarang biasalah sekali dengan berendoi
pastu ada marhaban pusing kat group marhaban and potong rambut sikit2
letak dalam air kelapa
Masa Aqiqah Hamza aku buat sekadar untuk kemeriahan majlis
sebab aku tau in the end kami akan tetap cukur penuh rambut Hamza





































Ada rupa baby Megamind tak?
ngeee



MY INTERMONOLOGUE:
Black Sabbath - Crazy Train (Live Ozzfest 2010)


2 comments:

cha said...

haha jahat korang gelakkan dia. tp yelah muka tenang je. lepas cukur tu kemain happy plak muka hamza haha comel

pet09 said...

hehe thanks cha. sekarang rambut dah tumbuh dah tak botak sangat...kejap je licin aritu