Tuesday, January 15, 2013

Can You Feel The Love Tonight?

















Semalam, setelah beberapa kali direct feed sampai BR aku sakit
aku decide untuk buat FM untuk Hamza dalam 3 oz setengah
sebab dia nampak lapar asyik nak minum je
and flow susu dah kurang and aku belum dinner

Bila aku sua, dia main-main
minum pastu luah
aku cuba bagi -luah -bagi -luah
aku cakap "ala hamza minum la tadi kan hamza lapar, takmo la main-main camni"
dia still luahkan...
aku cakap dengan nada biasa je
"ala sayang bazir susu ni hamza...nanti ummi tak bagi susu baru padan muka"

then aku bagi hamza pada husband
Husband agah2 and try bagi susu pun sama jugak
dia luahkan and main-main
aku cakap lagi dalam gelak2 mengagah tu
"hamza main-main camni ummi taknak kasi susu dah..nenen pun tak boleh..baru padan muka dia"

Tiba-tiba Hamza merengek macam nak susu...
Surfacing kasi susu pun dia merengek...
eh kenapa budak ni...
terdetik hati aku dia merajuk ke aku kata padan muka ni?
aku terus ambik Hamza
aku bagi susu botol - masuk dalam mulut - dia sambil nak menyusu sambil menangis
merembes-rembes air mata dia lagi banyak dari biasa
Terus aku peluk lagi kuat sambil aku dodoi
aku cakap
"ala sayang sayang anak ummi..ummi sayang hamza..hamza bijak minum susu ye sayang"
berulang kali
akhirnya tangisan dia berhenti
tapi air mata merembes lagi
Ya Allah...
dia tahu

dia tahu merajuk
dia tahu bila aku, ummi dia ada sedikit perasaan marah
he feels me
aku takla marah sebenarnya cuma macam
"haih budak ni macam nak menyusu tapi taknak pulak"

aku peluk dia..dodoi dia..susu cuma habis 1 oz je...
dah berhenti menangis..tapi air mata berbaki
aku terus DF dia...
sambil nyanyi "ummi sayang hamza..ummi sayang hamza..ummi tak marah"
berulang kali
akhirnya Hamza tidur

Kesal rasa hati aku
dok kata padan muka pada anak sendiri
Rasa bersalah sangat

Sayang Hamza,
Ummi tak marah langsung
Ummi sayangkan awak
tak pernah seumur hidup ummi rasa perasaan sayang yang amat hebat macam ni
Hanya Allah SWT sahaja yang tahu perasaan sayang ibu terhadap anaknya
Tak mampu aku luahkan bagaimana manusia sekecil ini dapat membuatkan aku
memberikan kasih sayang yang sebesar-besarnya.
seluas-luasnya tiada batasan
tiada ukuran...
buat selamanya.


MY INTERMONOLOGUE:
Elton John - Can you feel the love tonight


4 comments:

cha said...

alolo pandainya. tapi baby ni macam tau je kan ibu dia marah dia. selalu jugak i baca macam baby merajuk. amazing :')

LisaLisut said...

oh man..hannah dlu sjk umur 2bln mmg jneis minum main2.geram gile.skrg je dia kuat mnum.tp dia mnum fm la huhu.bdn kurus je.dh la kurus,asik main lg.tmbh kurus.kesian tgk kdg2 anak kurus.huhu

i try ckp cm yg u ckp kt hamza ni,tp mcm xde effect kt ank i.dia sengih je lg ade.tp agaknye sbb musabab dia xnk nenen i lg agaknye sbb i dlu ade merungut n sound dia kot..ntahla..huhu

pet09 said...

cha: tuhla semua baby sangat genius. I kagum sangatla dengan akal dorang ni. hari-hari ada je benda baru dia buat

lisa:
bila minum main2 ni kita geram sikit kan sebab kita taknak dia lapar..tapi kalau banyak tu je pulak dia nak minum nak buat cemana..I pelik sebab feeding time dia longer..dulu bagi 6 botol kat babysitter pun tak cukup..sekarang minum 3-4 botol je...tu pun tak habis...haih pening...
maybe sometimes u just offer jela kot sebab susu ada lagi kan? who knows dia tiba2 rindu pulak nak breastfeed :)

pet09 said...

cha: tuhla semua baby sangat genius. I kagum sangatla dengan akal dorang ni. hari-hari ada je benda baru dia buat

lisa:
bila minum main2 ni kita geram sikit kan sebab kita taknak dia lapar..tapi kalau banyak tu je pulak dia nak minum nak buat cemana..I pelik sebab feeding time dia longer..dulu bagi 6 botol kat babysitter pun tak cukup..sekarang minum 3-4 botol je...tu pun tak habis...haih pening...
maybe sometimes u just offer jela kot sebab susu ada lagi kan? who knows dia tiba2 rindu pulak nak breastfeed :)