Talking about babysitter aku rasa agreement/ kontrak sangat penting
Nursery lain lah sebab memang kena ada documentation
tapi kalau babysitter je mostly agreement tu dari segi verbal
based on trust je
aku tak boleh macam tu
Sebab aku nak letak anak aku dalam jagaan dia selama at least 10 hours
Kalau ada agreement ni baru la babysitter pun rasa dia ada tanggungjawab yang serius
bagi aku la
So ni contoh agreement aku dengan BS
simple je but cukup untuk aku rasa lega sikit masa first time hantar tu
Nak lagi best minta salinan IC sekali
Tapi aku tak sampai tahap tu la
PERJANJIAN
PENGASUH
Nama ibu/ bapa :_________________________
No Mykad :_________________________
Alamat :_________________________
Nama Pengasuh : ________________________
No Mykad :_________________________
Alamat :_________________________
Nama bayi :_________________________
No Mykid :_________________________
TERMA DAN SYARAT
- Pembayaran pengasuh adalah berjumlah Ringgit Malaysia Tiga Ratus Ringgit Sahaja (RM300).
- Bayaran akan diberikan secara tunai pada setiap *minggu pertama setiap bulan/ Minggu terakhir setiap bulan.
- Bayi akan dihantar oleh ibubapa seawal-awalnya pukul 7.00am dan diambil semula selewatnya-lewatnya pukul 7.00pm. Ibubapa akan memaklumkan pengasuh dengan kadar yang segera sekiranya terdapat kelewatan atas kekangan kerja atau kecemasan.
- Bayi akan dijaga oleh pengasuh pada hari bekerja (5 hari seminggu).
- Bayi hanya akan diambil oleh ibubapa sahaja. Pengasuh akan dimaklumkan oleh ibubapa sekiranya bayi diambil oleh saudara terdekat.
- Pengasuh wajib menghubungi ibubapa sekiranya berlaku sebarang kecemasan/ kemalangan atau pengasuh tidak sihat. Nombor untuk dihubungi:
Nor
Lela Abdul Ghani (Ibu) _________________
Mohd Zulkarnain Mohd Azhar _________________
Zarina Mohd Azhar (Ibu saudara) _________________
Mariah Binti Talib (Nenek) _________________
Mariah Binti Talib (Nenek) _________________
- Pengasuh diminta mematuhi nota/ garis panduan yang disediakan oleh ibubapa.
* Potong mana yang
tidak berkenaan
Tandatangan
Pengasuh Tandatangan Ibu/bapa
____________________
____________________
Nama:
Nama:
No
Mykad: No. Mykad:
Tarikh: Tarikh
3 comments:
Wah bagus ni u. Boleh tiru buat camni. In case jadi pape kan
bagus la cara u ni babe. nursery i myb la legal etc.tapiiii i rasa mcm dorg pn kene ade benda2 ni. nursery i xde. hmmmmmmmmmm (pondering).
tetiba rasa cuak. huhu
cha: template basic je sebab i pernah terkena masa sewa rumah. tuan rumah suruh keluar masa i pregnant 5 months. masa sewa tu i dah mintak agreement tapi ada je alasan dia drag tak bagi. lagipun dia macam makcik-makcik so kita percaya la. sekali terkena. pastu memang jadi particular benda-benda macam ni.
lisa: Kalau nursery legal should be no problem la lisa plus dia ada charts ye bagi minum pukul berapa and such. so no worries la. yang risau pengasuh la kan takkan nak bagi anak macam tu je..ihihihih. tapi tak kira la nursery ke pengasuh ke mode supermommy yang overprotective ni tetap on :)
Post a Comment