Gangster sangat kan |
Bila dah 2 bulan cuti maternity rasa susahnya nak tinggalkan anak dengan orang
orang yang ko tak kenal pun
tak tau hati perut dia
tak pernah tau sejarah silam dia
Susahnya hati jadi mak ni kan
Tapi apa yang boleh buat ialah tawakal
redha dan tawakal dan yang penting
TRUST.
Me and husband memang ada trust issue even dengan family sendiri
tiba-tiba kena letak anak selama 11 jam dekat babysitter
Ya Allah rasa tak mampu mula-mula
Aku dapat babysitter 2 minggu sebelum masuk kerja
aku call 2-3 option and last2 aku pilih Lidya ni
babysitter rumah di taman yang sama tapi fasa berlainan...
dalam 10 minutes from our house
BS aku ni sebaya tapi anak dah 3 orang
9 tahun - 7 tahun - 2 tahun
lahir anak secara c-section langsung tak boleh ada anak dah
Masa first aku survey dia first aku tengok rumah
bersih ke bersepah
rumah dia ok bersih takde banyak perabot
pastu aku pegi dapur dia pun bersih
communication aku ngan dia pun ok maybe sebab sebaya
cuma dia takde pengalaman handle EBM sebab dia tak pernah BF anak
the reason why aku pilih dia sebab dia kata
masa dia kerja dulu dia pun cerewet pilih babysitter
at the end dia berhenti kerja jaga anak sebab tak percaya orang
tapi now anak dah besar rasa boring pulak
so that's why dia nak buat babysitting
and bonus point dia akan jaga Hamza sorang je buat masa ni
Alhamdulillah
Masa aku hantar barang-barang Hamza sehari sebelum aku kerja
aku bawak sekali agreement + notes penjagaan sebanyak 3 mukasurat
haaa melampau kan
Nasib baik dia jenis cool je dia dengar satu-satu explanation aku
aku siap minta dia sign and letak No IC
Yelaaa mana tau kang dia bawak lari anak aku
tak pepasal
But yang penting kita communicate baik-baikla kenapa kita nak share
benda-benda ni ngan dia
Thank God dah 2 bulan Hamza dengan Mummy Lidya dia
Setakat ni takda perkara2 yang aku tak puas hati
benda kecik-kecik tu of course ada
contohnya sanitizer yang aku bagi dia tak habis-habis
sedangkan aku sebotol besar tu tak sampai sebulan dah habis
tapi aku bersangka baik dia basuh tangan pakai sabun
and aku akan buat reminder dengan beli sanitizer baru bagi dia
Lain semua ok
Bila aku ambil anak aku wangi sangat
anak-anak dia pun sangat sayangkan Hamza
and bila aku nak ambik anak sulung dia dah siap2 barang2 nak bawak dalam kereta
Terima kasih Ya Allah mempermudahkan urusan kami
Terima kasih Lidya jaga anak saya dengan baik
Ummi loves you
Though Ummi can't be with you all the time
You are always in my prayer
Every heartbeat
Every second
Every Moment.
MY INTERMONOLOGUE:
Pearl Jam - State of Love and Trust
No comments:
Post a Comment