Monday, December 10, 2012

100 days

Hamza dah 3 months
cepatnya anakku ni membesar
macam baru semalam je masuk operation room and jumpa dia kat NICU
Blog pun tak sempat nak update sangat
tiba-tiba dah 3 months sayang hamza ni
so recap kejap


Birth day: August 31, 2012
Weight: 2.24kg
Weight discharged NICU: 2.1kg

Hamza 13 days

Kecik je hamza kan...
masa dia lahir aku tak perasan pun dia sekecik ni
sekarang bila dah bambam baru aku sedar anak aku ni kecik betul dulu



1 Month
Weight: 3.1kg
Height: 53.5cm
Head: 35cm

Hamza 1 month






 Masa 1 month ni dah rasa macam ada isi sikit
tapi kaki kekal keding
bila pakai legging nampak kurus sangat kaki dia




2 Months
Weight: 4.6kg
Height: 57cm
Head: 38cm


Hamza 2 months



























Time ni aku dah rasa sedikit lenguh bila pegang dia lama
kaki dah beransur2 debab
double chin tu memang boleh harap sejak lahir lagi


Hamza 3 months


























3 Months
Weight: 6kg
Height: 58cm
Head: 39cm

Sebelum checkup aku macam risau kalau berat dia tak naik
sebab dia selsema lama 2 weeks
tapi minum susu okay je
sekali checkup terperanjat kau 6kg dah
tapi tinggi dia tu kalau ikut Lamaze inchworm dah 60cm sebenarnya
heeee


Doctor and buku2 kata kalau budak premature ni perkembangan dia macam lambat sikit
dorang ada correctional age
macam correctional age Hamza ikutkan dia ni baru 2 bulan lebih je
So milestone tak boleh ikut macam biasa
but Alhamdulillah, development dia amat positif
kepala dah kuat walaupun still kena support sometimes
mata dah ikut objek
dah pandai gelak and agah
dah pandai menyembang dan panggil orang bila takda
dah pandai hisap penumbuk and now dah hisap ibujari pulak
aii janganla ikut ummi hamza sayang
kang tak pasal hisap jari sampai besar
dah pandang kalau kita panggil nama dia

mengereng tu belum
tapi bila tidur malam tau2 selimut dah kemana
and dia dah mengesot ke bawah
ha cemana tu?
bila aku amati dia ni suka cycle kaki jadi tula kadang2 aku bangun tengok dia dah jadi bentuk L

haih Hamza
hari-hari ummi akan teruja nak tau apa benda baru awak akan buat
ni dia latest hamza at 100 days dekat the curve
orang dok makan dia sibuk sengih tengok kipas


Friday, November 23, 2012

We Who Are Not As Others

























This entry is specially dedicated to the love of my life, my dear husband
My husband wrote this on FB a day after I gave birth to Muhammad Hamza
Words can't describe how incredibly happy I am
dahla masa tu masih kat hospital and dia takda kat sebelah
6am in the morning sebelum pergi labor room





















Aku tak dapat nak describe how thankful I am being a wife to Mohd Zulkarnain
After 10 years in relationship that's build on love, trust
and same interest in music, film and much more
Finally we got married, have a son and in less than a month we will celebrate our first anniversary
How time flies

Words can't describe how lucky I am masa mengandung,
my husband fulfilled apa sahaja yang aku teringin nak makan
Layan saja checklist berjela aku apa nak beli untuk baby
Masa nak deliver, he's the busiest man alive
Mana nak teman aku dekat hospital...mana nak beli barang baby lagi
mana nak belikan makanan aku
nak uruskan Hamza dekat NICU
mana nak urus persiapan nak berpantang

abah tunjuk skill sebelum discharge from NICU

Hamza favourite spot













































Lepas deliver aku berpantang di rumah
My husband took 2 weeks leave
Selama itu dia jaga aku dengan Hamza sepenuhnya
He will put me and Hamza first
Dia tak makan, tak tidur pun takpa
We slept at living room for the first month
Aku tidur atas sofa and dia atas tilam nipis kat lantai bawah tangga
Husband yang panaskan air mandi aku setiap pagi
Sebulan jugakla dia pagi petang sebelum and balik kerja panaskan air mandi aku
Sebab aku belum boleh naik tangga nak mandi pakai heater
yang belikan ikan-ikan segar untuk aku supaya aku dapat makan yang terbaik
yang carikan tukang urut aku
yang keluarkan duit untuk beli barang-barang keperluan Hamza
so far aku tak pernah lagi beli pampers atau susu Hamza dengan duit sendiri
yang tolong jaga dan susukan hamza bila aku terlalu penat
yang tolong kemas rumah dan make sure rumah bersih
yang ajar aku macam mana nak burp Hamza lepas minum susu
yang ajar aku macam mana nak mandikan Hamza
yang ajar aku macam mana nak sedut hingus Hamza masa dia selsema
I know nothing about taking care of baby
and he taught me how to do it
The way he took care of Hamza is so effortless
so natural

Photostat muka abah





















For the first few weeks, I will feel confident taking care of Hamza when my husband is around
Even until now, my husband akan susukan hamza bila aku penat sangat
atau nak buat kerja lain
He never complaint when I woke him at 4am in the morning to jaga Hamza
bila dia meragam taknak tidur
Yang hantarkan Hamza every morning ke rumah babysitter and make sure
bawak all the stuff yang aku dah pack sekali dengan breastmilk
How lucky right?


abah potong rambut untuk Hamza






















My Surfacing...
You are my other half
My bestfriend
I am so blessed to have you in my life
as my husband
as a father to my child
I don't mind my son look a lot like you than myself
I actually glad he looks just like you
So kalau saya rindu bila awak outstation saya tengok Hamza je dah cukup :)

My dear,
Hanya Allah SWT yang dapat membalas pengorbanan awak menjaga saya dan Hamza
Saya akan cuba sebaik mungkin menjadi isteri dan ummi yang terbaik
May Allah SWT bless our marriage with happiness and love in this world and Jannah, InsyaAllah.
I love you so much, papa rock
and  I miss our movie date so much :)

























MY INTERMONOLOGUE:
Adele - Love Song ( The Cure Cover)

Thursday, November 22, 2012

Things Have Changed

My Precious



Things have changed bak kata Bob Dylan bila dah jadi mak orang ni.
Dulu aku rasa ohh maybe takde la berubah mana pun
but bila dah ada anak....aku mengaku...yee memang berubah
Teramat berubah
tapi bila tengok keletah anak terus rasa BERBALOI.
Ok let's make some checklist

1. Aku tak tengok SKYFALL lagi.
bayangkan la aku yang moviegoer ni tak tengok skyfall!!!
Gila ke apa???
Malah aku tak tengok Looper dan apa2 filem best sepanjang aku lepas deliver
aku sorang je sebab MySurfacing, husbandku tu dah pergi tengok sorang-sorang...
yeee awak, if you read this, shame on you pergi tengok wayang tanpa saya..huh!
Bila aku nak tengok ni?
Sebab aku bukan jenis tengok wayang sorang...huwaaa tunggu Blueray jelaaa

2. Aku makan nasi 3 kali sehari
Walaupun aku komplen berat tak turun malah bertambah
tapi aku tak mampu tahan makan...sebab aku nak susu aku banyak untuk Hamza
Yela rezeki Hamza ni terpaksa dicampur dengan susu formula
jadi aku kena usaha lebih sikit nak dapat susu badan
dengan cara kena makan nasi banyak

3.Wardrobe kena tukar
Yeee aku gemuk. Malah perut aku macam masih mengandung
kesian kan.
Tapi takpa aku bagi masa 6 bulan lagi sebelum aku akan diet turutkan badan
jeans, seluar kargo, baju kerja , baju kurung semua tak muat
Baju band aku yang kecik2 tu apetah lagi...sedihhhh
yang muat cuma jubah dan baju2 aku masa mengandung je..
hiba kan?

4. Bangun awal pagi
Aku akan bangun pukul 1am, 3am dan 5.00am every morning
pukul 5.00 tu tak tidur dah...terus pam susu kalau sempat
atau DF hamza dan terus siap2 nak gi keja
sebab aku kena keluar pukul 7.00am

5. Nak habiskan satu episod TV series ambik masa seminggu
DEXTER is my husband and I punya favourite show
dah siap download...malam pasang nak layan
lepas 10 minit lakibini ni terus krohh krohhh tertidur
dah banyak kali macam tu sampai mysurfacing tanya
"what happened to us???"
aku jawab "we've become parents, that's all"

6. Apa-apa nak beli 90% barang Hamza je
Tak kirala pegi shopping mall ke atau beli online ke
Semua barang Hamza
Satu lagi kalau barang untuk anak walaupun harga boleh tahan tapi tetap rasa affordable
haaa caner tu?
aku yang baju sendat ni nak beli baju kerja 2 helai, RM100 rasa macam ehh mahal laaa...
Tapi Rocker Fisher Price online RM185 yang tak beli pun takpa tu rasa macam
ehh murahnyaa kalau kat Jusco ni 300 ratus lebih ok

7. Asyik nak upload gambar anak
 Dulu aku tak bother pun nak upload apa2 sangat kat FB
tapi now banyak pulak aku upload gambar dan semestinya gambar Hamza
maklumla aku ni takde iphone nak berinstagram
So sorry la pada sesiapa yang tension but who cares
FB aku sukahati akulah

8. Lebih appreciate pengorbanan mak
Walaupun aku masih new mommy tapi little by little aku baru betul-betul sedar
pengorbanan ummi membesarkan aku...
apa yang aku buat ni...sama macam apa yang dia buat untuk aku selama 29 tahun lepas
tak akan kurang...malah mungkin lebih
sebelum ni aku mengaku...
susah aku nak sebut secara verbal dan face to face pada mak aku yang aku sayangkan dia...
bagi aku memang dia tau aku sangat sayangkan dia
Tapi sejak jadi mak ni...aku buang jauh-jauh ego aku
aku nak mak aku tau yang aku teramat sayangkan dia
bagaimana aku susukan, dodoikan, peluk cium Hamza
protective sampaikan seekor nyamuk yang hinggap di dahi Hamza
aku boleh menangis sebab terlalu takut apa-apa jadi pada dia
macam tu jugakla perasaan ummi semasa membesarkan aku suatu masa dulu
Terlalu besar pengorbanan ummi tak mampu aku balas
bila aku terbayang, aku boleh hiba
apa lah perasaan sebenar ummi bila anak yang mulanya sebesar tapak tangan
kini dah jadi isteri dan ibu
kini tak tinggal bersama dia kerana bersama suami
hiba..


haih rindu ummi aku terus.
Banyak lagi yang berubah tapi nanti lah tulis.
This is what Hamza loves most - Tidur atas ummi atau abah dia
Moment that I love most too tapi lenguh bahu sikitlah ..ngeee

























MY INTERMONOLOGUE:
Deftones - Change


Tuesday, November 20, 2012

The Birth of Muhammad Hamza - NICU

Sambung cerita lepas deliver my dear Hamza...
Kisahnya aku tak jumpa anak aku lagi...


1 September 2012 (Saturday)

Pagi sabtu Surfacing datang awal and bawak aku pegi NICU
sepanjang kena tolak wheelchair tu aku terbayang2 cemana laa rupa anak aku ni...

Then surfacing kata tu la Hamza...
When first I laid my eyes on him, I cried
Not because of the wires attached to him
Not because I'm sad
But bersyukur yang amat sangat
Ini rupanya anak aku yang suka sangat sedu dalam perut tu
Yang baik sangat masa dalam perut

Hamza day 2

























 Aku usap tangan dia...aku pegang jari dia..dia genggam balik
From that moment I am positive he will be alright
Sesuai dengan namanya Muhammad Hamza
Yang berani..yang bijak
Sebenarnya tak boleh ambik gambar dekat NICU
tapi what the hell aku nak tengok gambar anak aku malam2 nak tidur nanti
so dekat NICU boleh stay dari 8am- 10pm
for parents only


2 September 2012  (Sunday) 

Aku dah kena discharge sebab tak cukup katil
Tapi Hamza masih di NICU ni
dari pakai tiub pernafasan besar..pakai tiub kecik
and hari ni dah tak pakai tiub
dah bernafas sendiri
Alhamdulillah
nurse ajar aku breastfeed tapi susu tak keluar lagi
even baby pun susah nak latch sebab flat nipple
aku cuba pam tapi setitik dua je keluar
and Hamza pun minum susu formula hospital bagi
Redha je la aku
takkan aku nak kata "jangannn saya nak bf jugak walau susu tak keluar"
and biar anak aku lapar
Selama tu kerja kami dok peluk dia, dukung dia supaya dia tau kami ada dengan dia

Hamza day2




















Malam tu aku balik sama Surfacing
and My Surfacing treat me like a queen
Sampai rumah semua dah siap bersih
makanan minuman di ambil
bergerak pun dia tak bagi
Masa tu aku rasa
Ya Allah..terima kasih kurniakan aku suami yang sayang sangat dekat aku
Alhamdulillah lagi
It feels good to be home but not great...sebab takde baby



3 september 2012 (Monday) - Room in NICU Selayang

Tak sabar2 aku nak pergi jumpa Hamza
aku siap bawak luggage baju just in case aku dapat room in sama Hamza
Datang macam biasa and dapat good news...aku boleh room in after 10am!
aku pulak try pam and dapatla colostrum pertama aku yang cuma ada dasar botol je
but aku bagi jugak pakai cup
Then Hamza kena jaundice
lagi la semangat aku nak pam supaya dia cepat baik
Ikutkan Hamza dah boleh keluar but sebab dia kena jaundice
So kena warded lagi untuk monitor jaundice pulak

Bilik room in NICU hospital Selayang
























So dapat bilik and rupa dia macam wad yang ada curtain
bapak boleh masuk sekali..
kat NICU ada 2 jenis bilik...satu room in yang boleh bawak baby and bapak sekali
(until 10pm je)
and satu lagi jenis dorm untuk mommies yang anak dia kena stay lama and masih wired
Colostrum for Hamza

























So Hamza checkup heartbeat semua ok dan terus letak bawak lampu biru atau
medical term nya Phototeraphy
and baru aku tau yang rules room in ni: SEMUA KENA BUAT SENDIRI

Semua buat sendiri maksudnya:
a) feed baby and tukar diapers
b on off kan blue light and tukar2 posisi tidur dia bawah lampu biru
   (macam panggang anak pulak)
 c) kena timbang diapers berat and kena catat bila kencing, berak, feeding

Ok ada sedikit panic mode sebab:
a) aku tak pernah jaga baby, pegang pun sangat awkward
b) aku kekok nak bf apatah lagi bagi minum cup
c) aku tak reti hapa pun cemana niii???

Bermula la episod pengalaman pertama bermalam bersama baby Hamza
without my husband.
Kalau ada Surfacing maybe aku akan lega sebab dia expert jaga baby
As what I expected it's not easy...
Hamza refused to put under the blue light
asyik nangis je dia...kejap kejap nangis agaknya tak selesa bogel
kalau dia tak nangis memang comel jugak tengok dia tergapai-gapai

aku pulak cubaan nak pam susu...so bila aku tinggal dalam sejam tu
anak aku ni melalak2 la sorang2...
tapi make sure curtain buka supaya nurse boleh tengok-tengok kan
aku serius tak tidur langsung
Dahla tak boleh angkat sangat sebab nak optimizekan blue light
tu untuk pecahkan kandungan bilirubin dia
boleh angkat untuk bagi minum susu je for 15min maximum
pastu kena letak balik bawah lampu

My dear Hamza Cyclops





















for a first time mom, I'm really stressed out.
Rasa macam loser sangat
I'm not ashamed to admit I actually cried for a good one hour sebab
tak tau nak tenangkan anak sendiri yang tengah nangis pukul 4 pagi
sambil bbm husband suruh datang realllllyy early in the morning
Pukul 6 pagi baru Hamza dapat tidur and aku dapat tidur sejam



4 September 2012 Tuesday)

Pagi tu my Surfacing datang baru la aku dapat mandi, makan dengan tenang
Doctor datang rounds and suruh Hamza check darah
Kalau below photolevel dah boleh balik
Sampai tengahari aku tunggu berharap dapat balik rumah dengan Hamza
Susu Colostrum aku dari dasar botol dah naik 1oz and dah naik 2oz
Alhamdulillah
Kat Hospital Selayang tak bagi pakai botol
Nak feed kena bagi pakai cup
Macam comel dia mulut dia plup plup dok minum dekat cup tu

Colostrum 2oz hasil pam selama sejam



























Hamza dah ready nak explore the world!



























Pukul 10am Doctor bagitau dah boleh discharge
Ya Allah happy sangat-sangat kami!
So aku tanya apa do's and don'ts jaga baby premature.

Doctor said:
a) Hygiene - Use sanitizer and wash hand all the time
b) Be gentle and shower your love
b) Jangan bawak tempat crowded masa kecik-kecik ni

Tapi sebelum discharge kena inject BCG dulu and buat hearing test
and psychical checkup
Alhamdulillah semuanya ok walaupun mula-mula hearing test dia macam ada problem
Tapi bila buat lagi sekali semua normal
By pukul 2pm dah boleh balik

Thank you sangat yang bagi hadiah pada Hamza
 My Surfacing bawak kereta punya la slow sebab bawak baby and luka caesarean aku
Very light my dear Hamza sebab masa keluar berat dia drop jadi 2.1kg
But normal baby memang berat turun seminggu pertama
Aku bersyukur sangat Hamza dapat discharge cepat
Pernafasan dia kuat
dengan jagaan rapi doctor and nurses dekat NICU Hospital Selayang
Memang aku thankful sangat dapat deliver Hamza dekat Hospital Selayang ni

Ummi and Hamza

First family photo






































Balik rumah aku duduk dengan husband sampai khamis sebab rasa best pulak
duduk sendiri privacy dengan baby and husband je
Tapi hari khamis kena balik rumah my mom untuk berpantang
Cadangnya nak duduk 2 weeks at least
Tapi akhirnya duduk tak sampai 3 hari pun
Tapi tu cerita kemudian lah
Nah Ni Hamza...
my precious premature baby pada 2 months 2 weeks dengan berat 5.1KG

Wajah Kesayangan Hamba

 



















MY INTERMONOLOGUE:
The Fighter - Gym Class Heroes ft Ryan Tedder of One Republic



Tuesday, November 06, 2012

Could It Be Any Harder

Muhammad Hamza - 2 months

























2nd day at work
sigh...
yee cuti maternity aku dah habis
tak habis aku nak blog pasal birth story kan
takpa kalini mood aku nak cerita pasal babysitter

Alhamdulillah aku dapat babysitter dekat kawasan rumah tu just 10min from my house
Alhamdulillah dia jaga Hamza sorang je buat masa ni
Alhamdulillah dia jenis ramah, senang diajak berbincang
Ko bayangkan masa aku hantar barang2 hamza
aku bagi dia agreement sekali dengan notes atau garis panduan jaga Hamza sebanyak 3 mukasurat
Alhamdulillah rumah dia bersih aku dah spotcheck dapur dia konon nak tumpang kencing
memang bersih
Alhamdulillah dia pun a mother of three kids and berpengalaman macam2 dengan pengasuh
so dia kata bila dia nak jaga anak orang...
dia akan make sure dia sama cerewet macam mana dia carik pengasuh untuk anak dia dulu

Cuma satu je risau aku ni...
dia ada anak umur 2 years old yang bongsu and memang attached kat dia
aku takut mesti anak dia akan rasa jeles nanti kan
aku risau kalau anak dia tepuk2 hamza ke nanti
Ya Allah lindungi lah anakku
sebab anak pengasuh pun masih baby la kan. dia tak berakal
ibunya la kena make sure, kena jaga and awasi betul-betul

so far semalam Hamza ok...
aku ni je yang tak ok
rasa nak pegi bilik bos cakap
"boss I nak resign, I nak jaga anak..The hell with my career"
tapi sapa nak bayar duit kereta aku?
sapa nak bayar hutang2 aku?credit card? ptptn?
sapa nak bagi duit kat mak aku?
dahla maternity leave yang unpaid ni pun aku dah macam tak bernafas
rasa tak suka bergantung kat duit husband aku
lagipun aku nak jugak beli barang2 best kat online yang murah2 untuk Hamza
murah laa sangat...

yang aku terasa sangat...
bila aku ambil dia pukul 6.30pm
sampai rumah dah busy2 nak kemas barang2 dia
barang2 aku
laundry
aku bagi dia susu , dia dah tidur
takde nak layan2 gelak macam waktu siang
pastu tidur sampai pagi
takkan aku nak kacau waktu tidur anak aku semata2 aku rindu nak tengok dia gelak

aku rasa 11 jam ketiadaan aku tu sangat berharga untuk anak aku
aku kehilangan 11 jam waktu dia membesar
aku yang sepatutnya didik dia, peluk dia bila dia nangis
sayangkan dia, susukan dia, dodoikan dia nak tidur
and just layan karenah dia kalau semua pun dia taknak
aduhai Hamza
rindunya ummi pada awak
tak pernah ummi rasa perasaan macam ni seumur hidup
sampai tahap bila ummi teringatkan awak bila2 masa air mata ummi boleh menitis

My surfacing cakap fikir positif
tawakal dan redha
nak buat cemana kita bekerja
bekerja kan satu ibadah
kena ikhlas bekerja ni
Mak orang lain pun sama jugak kena hantar anak kat nursery/ babysitter
Bersabarlah!

Ya Allah kurniakan aku kesabaran
kurniakan aku kekuatan
lindungi anak aku dari penganaiyaan, kezaliman, kesakitan, kemalangan
Tutupkan hati mereka2 yang ingin menyakiti anak ku
Ameen Ameen Ya Rabbal Alameen

Friday, October 19, 2012

Birthmark



me at 35 weeks ....a day before warded


























I want to share my experience giving birth to a beautiful baby boy, 
Muhammad Hamza Mohd Zulkarnain.
I would never expect to deliver so early.
I was at 35 weeks of pregnancy and baru masuk keja after a long raya holiday.
Yes, my baby is a premmie and this is my journey...

28 August 2012 – 1st day of work after long raya holiday
Rasanya ada dekat 5 orang tegur aku kata aku dah nampak sarat and muka bengkak.
My boss keep asking me when is my due date 
because he wants to finish some of the work before my long maternity leave

sempat shopping a few big item a day before that





















28 August 2012 -Tuesday– 9.30pm
Aku kencing 2-3 kali masa tengok TV
Masa kali ke-3 pegi kencing I realized ada water coming out and it’s not pee
Aku buat squatting and ada air keluar lagi sikit2
Aku macam alamak…air ketuban leaking ke ni?
So I told my husband and he’s scared
We haven’t pack the hospital beg yet…
I told him we should go to the hospital because memang ada kes leaking ni
Arrived at Hospital Selayang around 10.00pm
After waited dalam half an hour doctor datang seluk
And baru buka 1cm
And my air ketuban pecah terus…
The whole bed was wet sampai aku kena tukar sarung 3 kali
Aku kena warded




















At first I’m so stress..dengan tak pack bag nye langsung 
I plan to pack masa cuti merdeka nanti
So my surfacing balik rumah pack my bag and baby bag 
doctor said I eventually have to deliver the baby within 48 hours




















29 August 2012-Wednesday
Aku tukar to second class ward
Doctor monitor my blood pressure and baby heartbeat
So far everything ok walaupun air ketuban aku masih keluar
I was injected with 1 dose of Dexa untuk matangkan paru-paru baby
I keep telling myself to be positive
Lagipun doctor informed me the baby weight is fine 
probably around 2.3-2.4kg
So it should be ok even though belum full term
My husband ambik GL letter from my office 
he’s the busiest man pegi beli benda2 yang kami tak sempat beli
Siap time ni la aku nak suruh dia beli tungku moden la, set berpantang tanamera la


30 August 2012- Thurday

10.00am
Not feeling any pain and doctor pun pelik
sebab selalu kalau water broke mesti dah start sakit
They insist me to do normal delivery
I was injected with 2nd dose of dexa in the morning

12.00pm
aku kena induce dia letak pill kat bonbon
Dia kata patut akan rasa sakit after 1 hour
kalau ada contraction boleh pegi labour room
They will check after 6 hours

heartbeat baby and contraction reading

















6.00pm
After 6 hours baru 2cm and I seriously takda rasa sakit
Kalau ada pun sengal dekat pinggang je
Aku berjalan dekat wad dengan harapan bukaan tu ada
Semua dok kata mesti baby nak keluar hari merdeka jugak ni
I told the doctor kenapa tak ceaser je sebab dah almost 48 hours
And I’m really worried about my baby
Memangla heartbeat dia ok but what if suddenly ada problem

8.00pm
Ada macam specialist datang around 8pm
Doctor lelaki India and he scolded doctor yang buat round tu
He said “why she’s not in labour room yet?”
Dia kata aku patutnya dapat induce yang drip tu untuk stimulate contraction
And they’re putting our lives at risk kalau biar je macam tu
He said she need to be in the labour room tonight.

11.00pm
Doctor India tu datang and he yelled
“why she still here???”
Doctor lain kata sebab labour room takda kosong
Last2 dia kata aku kena masuk labour room 6am
Dia siap cakap “kalau I nampak dia kat sini lagi you all jaga”
hahaha padan muka korang



31 August 2012- Friday

6.30am
Kena sorong masuk labour room and my husband  boleh masuk sekali
Ada 2 orang doctor intern check and seluk aku pastu berbincang macam serius
Macam dalam dilema
Aku macam apa masalah korang ni? 
Bukan attending semalam suruh aku kena induce pakai drip ke ? 
so aku inform doctor intern tu but they did nothing

7.30am
Attending datang and marah 2 orang doctor intern
Dia siap cakap “kenapa korang tak call aku pagi tadi ko biar je patient macam ni ye”
Yang buat aku nak tergelak sikit sebab attending ni muka dia macam judge masterchef 
yang ada misai tu...
So dia seluk masih 2cm...
Dia pun induce aku





















10.30am
Induce dari 12 dah naik 24 still aku takde sakit contraction
Nurse tu kata kalau orang lain dah sakit gila dah
Kalau takde contraction maknanya takde bukaan nanti
Sepanjang aku menunggu ni aku rasa dah 10 orang beranak
Aku jugak tak beranak-beranak

1.00pm
Doctor datang check and masih 2cm
Dia kata dia akan bagi 4 hours...
kalau takde bukaan aku kena caesarean
Aku memang dah tak kisah dah tak beranak normal
Sebab aku nak anak aku keluar cepat
Aku takut heartbeat dia drop nanti
Induce dah increase ke 48 and aku cuma rasa sakit pinggang
Yang macam period pain tu je
My surfacing pun macam rasanya awak memang akan kena operate je ni

4.00pm
Doctor check and still 2cm
So it’s official – C section
So I was informed about the risk and kena sign form
And prep untuk pegi operation room
Kali ni aku macam nervous tatau apsal
Rasa macam...what if waktu operate aku mati?


4.30pm
Dah dalam operation room
Husband tak boleh masuk
Serius sejuk gila dalam ni
Aku kena spinal jab and terus sakit period tu hilang
Pakar bius tu kata
“saya cucuk ni u beritahu ye sakit ke, ada rasa ke atau takde rasa?”
Aku pun blur eh mana nya dah buat ke belum
Dia kata haaa tu maknanya u tak rasa apa2 lah
Cehhh

So the operation begin
I can hear them because aku memang sedar
Rasa macam orang lukis2 bahagian bawah perut aku
Pastu goyang-goyang
Bunyi macam menda kena sedut…goyang-goyang lagi
Aku dok baca doa Nabi Yunus sepanjang2 tu…

Tiba-tiba attending tu kata
“oh my God david what have you done??”
Aku macam dalam hati alamak david apa ko salah potong ke apa ni?
Pastu aku dengar attending tu dok bebel2 kat si david ni
sambil dengar macam vacuum kena sedut srott srott…
I guess it’s blood
Aku macam damn it la apa ko salah potong ni…
Tak sampai beberapa minit aku rasa macam sesuatu ditarik dari perut aku lepas goyang2
And dengar tangisan kuatttt sangat
Ya Allah
Anak aku dah keluar...
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Dia nangis kuat sangat...
Aku pun tunggu la dia tunjuk anak aku..
And sampai ke sudah dia tak tunjuk
Aku cam laa napa dia tak tunjuk langsung anak aku ni
I guess because dia premmie..so kena masuk incubator tu cepat-cepat
Tak lama pastu dah siap
Aku kena bawak ke bilik menunggu
And nurse tu kata sampai aku boleh gerakkan ibu jari kaki baru aku boleh masuk wad
Tiba-tiba aku rasa sejuk sangat sampai menggigil-gigil
Serius menggigil-gigil badan aku sampai dia letak blanket thermal tu
Pastu aku menangis...
Aku tatau kenapa...sedih sebab tak dapat tengok baby ke atau gembira dah dapat baby ke
Nurse tu kata sabarla..baby tu ok jangan risau
Aku tanya dia baby boy ke nurse?
Dia kata takpa nanti tanya suami awak...
Aku macam eh apsal ko tanak bagitau je...boy ke girl ni?
To cut story short lepas 1 hour aku dapat masuk wad
Bila aku nampak je surfacing, aku terus lega
Aku tanya baby ok ke?
Dia kata baby ok cuma kena pegi NICU untuk monitor paru2 dia,
Awak jangan risau esok kita lawat dia..
So dudukla aku dalam wad malam tu without my baby
Sambil terfikir2 cemana la rupa anak aku ni
Walauapapun aku bersyukur semuanya telah selamat
and aku tertidur sampai esoknya...

bangun lepas operate and masih kebas




















Whoaa panjang cerita aku ni
Sambung entry later pulak pengalaman bangun sendiri lepas operate
and jaga my Hamza di NICU
Anyway this is my Hamza at day 44 :) 




















MY INTERMONOLOGUE:

Friday, September 14, 2012

Muhammad Hamza bin Mohd Zulkarnain


Hamza day 4



Muhammad Hamza bin Mohd Zulkarnain
31st August 2012 | 13 Syawal 1433H
5.26pm
Hospital Selayang
Caesarean Section
Premature

I gave birth to a baby boy at 35weeks 5 days of my pregnancy
1 month earlier than my due date.
It's a wonderful bittersweet journey
and it's all worth it.
Alhamdulillah.
Syukur kepada Allah SWT.


Friday, August 17, 2012

Menjelang Hari Raya




























Last day of work
Hoping and praying management kata boleh half day
Lots of preparation to do before raya
I know I'm gonna enjoy every moment
especially this is the first time me celebrate raya with My Surfacing as husband+wife
Selama 10 tahun lepas ni tak kira la kan
ngeee

Just want to wish all my family and friends
Selamat menyambut kehadiran Syawal and be safe
Sincerely from me, husband and little child dalam perut :)





















MY INTERMONOLOGUE:
M. Nasir - Satu Hari di Hari Raya

Wednesday, August 15, 2012

In The Mood


wow dah hari ke 27 puasa...
kenapa tahun ni rasa macam masa cepat sangat
aku ingat setiap entry aku mention menda ni

Puasa
Anyway, this year nak puasa penuh tak kesampaian sebab semalam tertewas
Muntah teramat teruk lepas sahur buat aku dehydrated
Ntah sejak bila alergic air milo pulak
so pasni sahur minum susu saja la nampaknya

Buffet Ramadhan
Sepanjang puasa ni aku dah pegi 4 Buffet Ramadhan
German Deli Imbiss Ampang (RM 35)
Bubba Gump Shrimp at the curve (RM65++)
Ayers rock Butcher and Grill dekat kota damansara (RM 68+)
Hillside Corner Bukit Antarabangsa (RM38.50)

The best is definitely Bubba Gump Shrimp
Memang berbaloi dengan harga
and apa yang dia list tu memang semua ada
Rasa pun memang sedap and senang cerita aku puas hati gile
especially dapat makan ribs sebanyak mana aku nak
Tengok berapa banyak ribs my surfacing makan




















Rasa macam nak repeat pun ada tapi sudah-sudahla tu
mari kita menabung untuk persiapan raya


Pregnancy
33 weeks!
So far masih ok jalan masih laju
Cuma kadang2 ada pelvic pain kalau aku tawaf shopping mall lama sangat
Kencing makin kerap
Last check up HB aku mendadak turun dari 11.5 ke 10.5
Ni bahana skip pil Iberet..so kena religiously makan to avoid HB low lagi
Berat maintain 68kg maybe sebab puasa
Baby masa last checkup at 32 weeks berat dah 2.07kg
Happy sangat rasa everything so far normal, Alhamdulillah
Hang in there baby lagi 7 weeks to go more or less
32 weeks with adorable Muqeet and Neesa

























Last week buka puasa with my bestfriends Shananeh and Neesa
Lama gila tak jumpa sebab masing2 dah ada komitmen
Rindu gila la kat korang and macam tak percaya Muqeet dah 6 months
He's so adorable, so cheeky!
Congratulations to my bestfriend, Neesa yang dah berhijrah
I'm so happy for you my dear friend
You look so beautiful wearing hijab

My bestfriends + baby Muqeet

























Persiapan Raya

I've bought a few stuff nak deco rumah sikit
Bagi nampak ada seri sikitla
Walaupun color code semua hitam, grey, brown and white
ngeeee

Baju raya akhirnya aku jumpa jugak jubah dark blue nak match sama husband
Punya susah nak cari yang berkenan sampai akhirnya ke PKNS Shah Alam baru jumpa

Biskut raya satu hapa aku tak buat
serius aku balik keja lepas buka tu memang tak larat nak buat apa pun
Kesian my surfacing maybe berharap nak Kookies Munchsters
Mula2 ingat nak buat rendang..nampaknya tinggal impian jela
memandangkan aku kerja hari jumaat
aku tak rasa aku mampu buat hari sabtu tu
We'll see how it goes

Anyway, dah tengok  Hanyut Trailer
A film by U-Wei
Lama gila production dorang ni tak siap siap sangkut dekat post
Tak sabar nak tengok, look promising to me
Hopefully sehebat filem Perempuan, Isteri & ...


MY INTERMONOLOGUE:
Hanyut - U Wei

Saturday, August 04, 2012

Light Inside


Time is flying
dah 2 minggu kita berpuasa
rasa macam cepat sangat Ramadhan tinggalkan kita
As for me, Alhamdulillah so far so good.
Still fasting.
My baby is doing good
I don't feel too hungry or dehydrated
but I have to eat something heavy during sahur

Usually I will take 3 slices of bread with a cup of milo or anmum
3 biji kurma and plain water 3 glasses
Sometimes makan nasik kalau ada lauk2 simple yang best
Hopefully dapat puasa penuh tahun ni

My baby bump is getting bigger
Can't believe i'm already in my 3rd trimester
31 weeks man!

26 weeks


28 weeks

29 weeks

29 weeks

31 weeks











































































So, at 31 weeks ni macam-macam perubahan aku rasa 
Perut bloated lepas makan tu semestinya
sakit bawah ari-ari especially kalau nak kencing
kencing sikit je tapi kerap
kalau nak tidur nak pusing kiri ke kanan ke kiri memang tak selesa
But whatever it is masih gagah berjalan sana sini
naik tangga, kemas rumah still ok
Baby pun selalu pusing-pusing and hiccup
sometimes perut nampak berombak-ombak
tapi bila nak amik video terus senyap

Anywho, I did another 3d scan during week 29 with Jezzlyn
This time memang dah monitor dia suka gerak time 12.30 sharp
But masa tu 1st day puasa
so masa scan tu dia tidur je and macam biasa kaki angkat tutup muka
lepas dah tickle and tepuk2 perut baru la bergerak-gerak
Finally dapat jugak a few shots of my baby
and this one yang paling clear

my precious at 29 weeks




















My surfacing and I officially panggil dia pipi gembing
muka dah chubby
1.3kg at 29 weeks
dear oh dear...I can't wait to see you my precious
Tapi jangan keluar masa week 36 ye my baby
sebab masa tu abah ko ada pulak team building naik cruise seminggu
Tunggu dalam perut dulu sampai abah balik ye...
ngeee


MY INTERMONOLOGUE:
Doobie Brothers - Black Water