Tuesday, March 03, 2009

Suatu Masa


Lost & Melted



Persoalan
Pelbagai telahan
Segala kemungkinan
Masih tiada jawapan

Masa berlalu
Lambat dan melambatkan
Tertunggu
Tertanya
Terguris
Tersentuh

Adakah kesalahan
Berlaku tanpa sedar
Adakah kata-kata
Tertutur tanpa rasa

Masa berjalan
Pertanyaan tanpa huraian
Sesalan
Tidak kesampaian

Jangan dibiarkan
Jangan diteruskan
Jangan diabaikan
Jangan dihancurkan

Jika tiada katakan saja
Jika ada lontarkan jiwa
Tanpa bicara
Sepi terasa
Hilangkan duka
lara

No comments: