Friday, April 12, 2013

Traveller in Time - Awana Genting Resort

awana genting 1-3 february 2013

















Ini adalah kisah lama yang aku tak update
tapi aku rasa sayang pulak kalau tak letak as entry
memory ni first travel as a family - me, surfacing and Hamza

kisahnya pada January aku dapat arahan bos 
untuk pegi kursus KPI dekat awana genting resort - 3 hari 2 malam
Rasa nak pengsan kat situ jugak mengenang kena berpisah dengan Hamza
Bos kata "Bawaklah Hamsa!" (bos suka sebut as hamsa..ntah apesal"
Tapi bila aku check sama organizer dia kata bilik kena KONGSI
Ketua unit mahupun pengurus pun kena kongsi apatah lagi pegawai
punah harapanku
dah sedih gila dah ni almaklumlah tak pernah berpisah sejak dilahirkan

Tiba-tiba esoknya aku dapat call dari koordinator yang jaga penginapan
katanya 
"kak lela saya dah arrange akak duduk 1 bilik boleh bawak hamza...
tapi dengan syarat kena sorok2 sebab takut CEO nampak..nanti dia bising
so kena ada sorang jaga hamza tau"

aku rasa nak melompat kegumbiraan
Ya Allah ada orang yang berhati mulia macam ni
padahal aku ngan dia hai hai gitu je kat office ni
wahai Puan K yang baik hati, terima kasih sangat
saya terhutang budi
Nama terpaksa dirahsiakan..haha

pindah rumah

















so pada 1-3 Februari 2013,
kami anak beranak pun drive ke awana genting resort
excited sangat pasal first time la ni macam vacation la walaupun kerja kan
barang yang aku pack...Ya rabbi malu nak cerita
serius banyak gila weh pasal aku taknak ada satu pun tertinggal
segala mala warmer, sterilizer, playgym hamza pun aku bawak!
pastu beli makanan macam maggi sebab kesian husband nanti 
aku ni makan buffet sedap, dia kang terpaksa makan kat deli je

sampai di sana memang funny sikit sebab aku macam kena smuggle hamza and husband
Puan K ni uruskan check in bilik bagai supaya family aku tak dilihat oleh CEO
atau pengurusan atasan...hahaha

Kejutan pertama: 
Husband dapat kupon makan free buffet breakfast, lunch, dinner!
Ya Allah tak sangka betul...speechless aku masa tau tu..rasa macam terhutang budi sangat
tapi dengan syarat kami tak boleh makan sekali...
husband kena turun makan after kumpulan kami masuk kursus
tak kisahla kan asalkan surfacing dapat makan sedap

living room apartment





















Kejutan kedua:
Aku ingat dapat bilik deluxe biasa je
sekali masuk rupanya dapat apartment
besar dan selesa sangat!
oh dear God...
Rasa macam cium puan K tapi kang ada pulak terngiang2 lagu katy perry

kitchen 

































alasan puan K bagi aku apartment pasal kat blok lain..
yang peserta lain semua kat tower block...
so kisahnya memang nak hide family aku ni gila-gila lah
bilik pun dia bagi sehujung-hujungnya
punyala seram aku pukul 12 malam balik dari kursus kena jalan sorang-sorang...
ngeriii

bedroom















toilet besar


















happy hamza with ummi





















kursus aku ni pagi pukul 8.00 sampai 5.00pm
pastu pukul 8.00pm-11.00pm
so memang aku takde masa sangat nak berjimba sama surfacing dan hamza
ada jugakla terserempak dengan a few colleague tapi nasib depa ni jenis ok
aku terpaksa cakap husband book bilik kat sini 
pasal puan K dah warning biar pecah di perut...ha amik kau
hahaha

behave tengok abah makan





















so masa aku berkursus, husband pun vacation dengan hamza
makan bersama melayan buffet, berjalan di park dan lepak tengok tv dalam bilik
kemain gembira mereka berdua dapat release tension...
nasib Hamza pun behave je sama abah dia
Tapi aku ingat kalau orang luar tengok mesti cakap
eh eh suami sapa lani merajuk bawak anak lari ke awana genting
sebab berduaaaa je dorang ni..hahah

at the park with abah





















It's a nice short vacation for us
walaupun aku kerja, tapi still nice sebab ada family sekali
Husband pun rasa hilang stress dia kejap dapat getaway free gini
awana genting ni tempat untuk golfing sebenarnya
cuaca malam and pagi je sejuk
so tak payah berangan nak pakaikan anak baju sejuk bagai pasal panas terik sini























so after this kalau vacation betul2 aku dah boleh agak berapa banyak
barang hamza yang kena pack
takdelah macam time ni dah ghope nak pindah rumah
penuh barang dalam saga cabuk tu
and helloo tak payahla bawak sterilizer makcik...
beli je sterilising tablet lainkali
tengokla apa lagi aku bawak
playpen ok playpen!
abahnya risau kang katil queen kecik 
terhimpap pulak si Hamza dik keganasan kami tidur

playpen hamza kemana jua dia berada

















la ni hamza dah makan mau aku bawak slow cooker 
sama blender skali pulak kang...
ngeeee

oh surfacing bila kita nak vacation betul-betul ni
tunggu lepas mengundi la nampaknya ni

hamza dah boring layan ummi amik gamba






Thursday, April 11, 2013

Color My World















source




My friend shared this on facebook
Really made my day
Semoga kita, working mothers akan terus tabah dan sentiasa positif yang anak kita selamat
walaupun dengan orang lain
kerana Allah ada untuk melindungi mereka

1. Aku dah start letak kismis dalam bubur hamza...
soalan : jenis kismis apa yang elok untuk baby?
so far aku pakai kismis 1000 doa tu...
kalau california kismis yang kotak kecik2 tu ok ke?

2. Also renjis olive oil dalam bubur hamza...aku guna extra virgin olive oil organic...
bila google ada debate patut pakai pure olive oil ke atau extra virgin ke...
but aku yakin extra virgin is the best sebab dia tapisan pertama

3. Hamza makan so far ok takde masalah sembelit ke apa..
every morning around 6am dia akan poopoo
kadang2 ada jugak sampai 3 hari tak beri aku dah risau gila tapi dia relax je...
and esoknya abis lecak pampers siap bocor kat sleeping bag..
ngeee takpa abah yang selalu cuci

4. Nak tukar botol Hamza sebab dah over 6 months tapi SA onebabyworld yang friendly tu kata
sebab aku pakai botol avent advance (honey color) so tahan sampai 12months.
Dahla bottle neck advance and teat tak sama dengan jenis classic.
Tapi nampak gaya macam kena tukar jugak ni sebab Hamza dah minum 5-6oz
takpe tukar secara sikit2 pasal harga botol boleh beli baju ummi ko ni selai dua

5. Sabtu ni aku akan start letak kentang and serbuk ikan bilis...
Kalau tengok jadual kentang untuk 8months tapi aku rasa perut dia macam boleh dah ni..
surfacing pun bagi greenlight

6. Kenapa orang Malaysia buang baby tepi highway and dalam parit?
Dah takde hati perut, takde akal takde perasaan kasihan ke langsung kat anak? anak kau tahu tak!! menangis aku tengok gambar kat page Mazidul Akmal pasal baby kena campak tepi highway...
Ya Allah, tawakal seorang bayi itu amat tinggi
dan siapalah aku untuk menidakkan kuasamu Ya Allah.
Bayi ini telah selamat kembali kepadaMu
bahagia di taman syurga buat selama-lamanya.
Ibu/ bapa yang buang anak - anda adalah PEMBUNUH.
Kau tunggu lah balasan Allah nanti.

7. My friend upload video Baby Dynamics Yoga
Click pada link tapi watch at your own risk
aku serius rasa nak TUMBUK muka pengasas yoga bodoh ni
WTF were you thinking???
Sorry la I don't buy it!
 terang-terang dah ada kes pasal "Shaken baby syndrome"
Parents2 pun boleh pulak percaya bulat2 kat perempuan gila ni
kau tak dengar ke anak ko menangis kesakitan dipusing2 oleh si gila ni?
the poor baby siap vomitted lagi!
This is clearly a freaking child abuse!
Someone, authority please this crazy old lady deserved to be in the asylum!
sorry la emo tapi semua mothers di dunia ni akan kata this
is cruelty, mengarut dan menyeksa baby.
Tak mampu nak digest what kind of parent paid 400dollar
to abuse their baby like this. sick.

8. Call me old-fashioned, I also don't believe Lotus birth
boleh buat baby calmer, smarter, healthier, yada yada
It's so unnatural to me

9. Start monday aku mula consume ESP shaklee, Vitalea, alfafa. b complex
and vitamic C blackmores. Hopefully susu aku pulih semula...
recently susu cuma dapat dalam 3oz sekali pam waktu pagi
sebenarnya salah aku jugak sebab dah kurang pam pastu minum nescafe la apa
nak buat power pumping memang tak mampu nak bukak mata
Hamza pulak tidur straight 11pm-6am jarang sekali bangun minum susu
kalau bangun pun dah pukul 5 camtu
I will not stress about it, will try to increase pumping time

11. A friend called me and kata "kenapa gemuk ni wey? pergi la gym"
oh dear so sweet of you kan so concern about my weight gain
husband aku pun tak bising suruh pergi gym
sorry to say but aku terkejar-kejar nak ambik anak dekat orang after work
after long hours drive braving the traffic jam
while you,still can have a nice dinner or gym time sebab tak payah risau nak ambik anak
pasal mak ko yang jaga - lucky you.


11. Tiga gambar ni dah selamat aku letak sebelah pc kat office
Bagi semangat nak kerja and semangat nak balik cepat...ngee
























































Anyway this is hamza gelak beriya-iya bila my sister and BIL layan dia
Ntah apa yang kelakar sangat
yang penting time ni baru lepas makan banyak
kes kenyang perut senang hati la ni

Tuesday, April 09, 2013

JOIE STAGES


























Pada hari ahad 7 Mac secara rasmi kami test ke Amcorp Mall
JOIE Stages Convertible Car Seat
Aku pagi2 dah gigih baca manual

Tentang JOIE

1. Senang nak pasang dan senang paham manual. Kalau tak paham boleh tengok
video ni. dekat car seat pun ada sticker and color coded instruction takdela confuse
mana nak masuk seat belt

2. Infant padding dia sangat best tapi sayangnya Hamza tak boleh pakai dah.
Nanti dia tersempit kat dalam tu..Infant insert tu from 0-6 months

3. Berat dia 8.4 kilo saja. kedudukan ngam2 ambik satu seat belakang

4.Car seat ni from 0-7 years with 4 recline positions
Full recline position





















5. headrest boleh adjust cuma slide atas bawah je pakai sebelah tangan - very easy to use

6. 3 stages carseat - infant untuk rearfacing/ toddler forward facing/ toddler pakai seatbelt je...
 tak payah beli booster seat

7. ada 5 position harness tapi takda chest clip (padded harness and lower buckle clip)
    harness very easy to adjust. Pastu ada lock kiri kanan untuk lock seatbelt for forward facing
warna merah tu lock, headrest boleh turun naik, airation lubang2 tu





















8. Ada pulak ventilation kiri kanan so sesuai untuk anak cepat berpeluh takda la panas

9. ada mesh storage pocket kiri kanan bolehla letak botol susu ke atau kain lap

10. Color yang sesuai dengan kegemaran ummi dan abah dia - grey black/ mercury...ngeee

Honestly I love love love this car seat...
cinta pandang pertama la katakan.
Tapiiiiii ada 1 masalah ni
JOIE TAK BOLEH REARWARD FACING KAT SEAT BELAKANG PROTON SAGA!
Sebabnya bila aku cuba rearward, tali seat belt tak cukup panjang nak lilit belakang
apakah?
Haaaa masalah besar tu kan...
sebab infant 0-24 month wajib duduk seat belakang Rearward facing
Kalau kat US ke UK ke dah kena saman aku ni
Bila aku baca tentang ketidakselamatan forward facing untuk baby aku jadi tertekan
Pastu aku baca lagi tips beli carseat kat US try dulu kat kereta
sebab bukan semua kereta compatible with that particular car seat...
memang taklaa kan nak test2 kat sini...aku pun memang ingat semua boleh je

nak taknak aku terpaksa letak Hamza duduk belakang forward facing
sebenarnya kalau ikut manual baby boleh forward facing dengan syarat berat dah 9KG
Aku rasa Hamza ni baru 8 lebih je kot
Tapi kalau baca memang sepatutnya baby kena rearward facing sampai at least 2 years
sebab lebih selamat dalam high impact crash
oh well
kat seat depan aku tak try lagi
sebab letak seat depan walaupun rearward facing tetap kurang selamat
berbanding letak seat belakang
ntahla tawakal je lah makcik ni

Solution aku?
Semalam dah pergi proton tanya boleh tak panjangkan seatbelt belakang
dia kata kena check dulu
So servis kereta sabtu ni baru aku check

Anywho,
this little man of mine seems to enjoy his new ride

Mulanya buat muka pelik dengan tangan tergawang-gawang pandang
kat luar je..langsung tak pandang muka ummi kat sebelah















Pastu happy pulak gelak-gelak...Seronoklah tu rasa
dah besar sangat agaknya















Pastu mula buat muka marghoh dah sedar yang dia
tak boleh bergerak















Cuba sembunyi rasa tension dengan fokus kepada buku dia















Akhirnya tertidur. Muka maintain marghoh




















Excuse my annoying voice, again.
Sebenarnya sebutan dia bukan JOEEYY tapi JOY.
Memang fail betul aku ni


Lepas-lepas tu masuk je car seat tak sampai 5 minit terus tidur lena
semalam pun dah test amik dari babysitter biar dia dok belakang sorang-sorang
ok je takde nangis ke apa
so pasni ummi boleh berduaan dengan abah kat depan la ye Hamza?

So anyone ada experience macam aku tak boleh rearward facing dalam kereta nasional, wah gitu

Monday, April 08, 2013

Big Day Out - Mid Valley

Satisfaction


























Last saturday we decided to go to Motherhood and Baby Expo, Mid Valley
Surfacing and I despise expo sebab crowded gila
sekali je penah pergi dulu kat PWTC horrible disaster tempat tu tobat taknak pegi expo
but this time we feel the need to go sebab nak cari car seat Hamza
just nak puaskan hati sebelum beli kat kedai
If we're lucky, dapatla beli terus kat expo

Pasni byebye infant car seat

















Pukul 11 baru sampai and traffic jam dalam carpark pasal guard refused
to open the season pass parking
aku siap roll window and cakap "call your manager right now! I want to talk to your manager"
kesian pulak guard tu tak pasal kena sembur sama aku
mana tak bengang bukan ada orang parking pun yang dia nak tutup

ni nak bg makan ke apa ummi





















sampai isi minyak dulu
aku tak tau la lapar ke apa tapi nasi ayam kat food junction mid valley ni sedap gilaaa
dia set siap bagi baby sawi jepun masak sama oyster sauce
pukul 12.30 baru masuk expo
punya ramai orang beratur rupanya nak register untuk dapat goodies bag and
nak masuk baby competition
tak kuasa nak layan maka terus berjalan
definitely babywearing senang nak mengharung lautan manusia dan stroller

















we really focus on finding car seat only
lain macam tengok gitu2 je
tapi terbenti kat booth POGNAE
surfacing try hipseat...dia kata selesa gila sebab waist belt dia besar and best sangat
RM 220 for ssc or hipseat
seriussss berkenan tapi fokus fokus haip!
kita bukan duit bersepah kena beli priority je

Pognae Hipseat















kami memang macam nak beli Halford Zeuss Plus lepas survey online and review
kat expo jual sama je macam kat online takde la murah pun
Pastu tengok Graco harga 999 dia kata the cheapest in town
Padahal surfacing baru tengok kat jusco jenis yang sama 899 je...hahaha
Budget car seat ni around 500-700 saja

sekali kami tertengok satu booth ni jual satu brand je - JOIE
Eh apakah ini...tak pernah dengar pun serius
katanya dari UK
Tengok color and material je aku dah berkenan sebab warna grey and black
bila tengok features rasa macam jatuh cinta pulak
First time aku jumpa car seat yang aku suka dengan harga yang bukan ribu riban
we decided untuk round one more time

Pegi booth Heinz pasal aku tak bawak bekal makanan Hamza
beli Heinz 4 botol nak try
Try tengok review online tapi tak jumpa langsung
Tapi hati dah tertawan ni
Last2 we decided to buy JOIE Stages Engineered Convertible Car seat
0-7 years mengada la tu 7 tahun nak duduk car seat lagi
harga dia tulis from 1099 jadi RM 899




















Lega rasa akhirnya dapat jugak beli car seat Hamza
mungkin brand ni tak famous but we really like the features
Hamza pun nampak selesa siap setiap kali duduk je 5 minit terus zzzzzz
will review later
anyone ada experience dengan car seat ni?

balik2 labu sama keledek..hmmmmm..nomnom

















dah pueh hati masuk expo berjalan ke gardens
First time Hamza makan Heinz aku bagi flavour sweet potato + Pumpkin
nak habis sebotol tu dia makan...selera betul
dahla abahnya taknak bawak beg dia masa jalan kat expo pastu menonong ke garden
so bip semua takde habis baju dia comot
nasib aku babywearing

at the end of the day bukan hamza sorang je dapat hadiah
abah pun beli hadiah untuk diri sendiri
Dexter Bobblehead


















Ummi pun dapat jugak belated birthday present dari abah tersayang
ohh thank you sayang
a perfect storage container for me
(bukan saja isi duit tapi segala resit, kad, gambar, setem,  malah paper clip)
tepuk kepala surfacing tengok khazanah dalam wallet aku

"Storage Container"

Thank you sayang!
































Sekali sebelum balik abah usung tikar ni untuk Hamza
katanya tebal sikit
pueh hati cikenit ni layan bergolek siap dia study lama gila warna atas tikar ni
dia tau yang ni lain dari yang ABC tu

Pening kepala hamza tengok colorful sangat ni ummi

















Anyway ni video Hamza yang banyak akal nak main dengan hanging toys dia
Padanla suka sangat dengan benda tangan kuning ni
If only I knew you had planned it all along...

Tuesday, April 02, 2013

180 days

Hamza 6months 2 weeks


























Alhamdulillah Hamza genap 7 bulan masa 31 Mac 2013
Sepanjang umur 5 dan 6 bulan ni development Hamza normal
makin besar makin banyak akal

5 months = 7.5kg
6 months = 7.7kg
Last timbang masa kat hospital (6 months 2 weeks) = 7.9kg

















1. Hamza dah meniarap masa 5 bulan 3 minggu...lepas tu dia bergolek dan menyusur gostan
sekarang dok angkat2 badan macam nak meniarap tapi tak bergerak la..
paling suka guna kepala ke depan untuk bergerak yang menyebabkan umminya risau
tengok muka dia merah tertenyeh kat tikar
walhal anak ok je enjoy bermain

















2. Dah makan solid food so far so good takde alergik apa-apa..
aku pun tak cukup experimental lagi balik2 aku bagi dia bubur carrot/ labu/ sweet potato/ pir/ bayam...
start today (2 april) aku mula bagi makan twice a day...
maybe i should try other fruits and veggies...hamza loves pumpkin and sweet potato
tapi kena makan dengan bubur la..kalau gitu je dia tak selera...
aku masih masak for hamza sometimes buat frozen for a few days,
sometimes masak day by day tengok mood dan tahap kepenatan
Second time makan





















3. Masih minum susu 4oz but recently instinct aku kata Hamza dah ready
untuk susu S26 Promil stage 2 (6months above)...
aku tak bagi masa baru masuk 6 months pasal baca review baby kena sembelit...
so far he loves promil so much sampai nak minum every 2 hours and 5 or 6oz persession..
wah wah maybe rasanya sedap sebab ada fibre...
Hamza still breastfeed and DF at night tapi susu dah turun sikit sebab
dia tidur straight from 11pm-6am.

4. Sleeping pattern amat la menyenangkan hati sebab dia dah tidur straight malam-pagi ...
no more bangun pukul 2 and 4am to feed...Tapi downside dia adalah susu aku merundum la
pasal takde DF time tengah2 pagi tu..kadang2 ada gak bangun tapi sekadar nak touch BR je
pastu tertidur balik dengan sendirinya..now dah banyak kali jugak dia tertidur sendiri tanpa perlu BF...
Tapi tidur atas badan ummi atau abah masih menjadi kesukaan dia


His  precious bunny

















5. Dah ada favourite toys..punyala banyak toys warna warni tapi
bunny warna brown beige ni jugak menjadi pilihan hati Hamza...
pandai pilih kaler ikut favourite ummi dan abah...
punyala suka bunny ni sampai tengah tidur - terbangun - tangan ambil bunny kat sebelah -
pusing2 telinga bunny sambil mata terpejam - tidur balik dengan bunny..hahahah...

Mengigau nak bunny

















6.Bila duduk dalam cot dah taknak baring..
mesti nak meniarap and paling advance mula nak memanjat...
kena monitor, once dah pandai panjat kena turunkan level playpen

















7. Boleh duduk dengan tegap tapi still supported lah but takde dah tumbang ke kiri ke kanan...
paling rasa dia dah besar bila boleh duduk dekat high chair...
owh my son cepatnya membesar..siap pegang menu macam dia nak makan

nak nasi ayam penyet satu kak sambal kurang






















8. Tak suka air masak langsung...tapi aku bagi je jugak walaupun lepas tu diluahkan balik...
tapi gaya pegang sippy cup macam beriya benor la minum

















9. Tangan dia dah buat macam-macam - pegang, angkat toys baling...
pegang tangan ummi and perut abah, pegang muka siap picit hidung...
suka  park lengan atas perut ummi (taula perut ummi kau sedap je ada cushion)...
kalau dia baring aku bagi tangan- dia genggam kuat sampai dari baring boleh berdiri terus...
now ada kawan kuning dia yang tinggi tu dia boleh angkat and pusing2 kan
hanging toys kat playpen sampai berbunyi...nak tergelak tengok usaha gigih dia tu

















10. dah tau ada kaki..suka angkat and now dah pandai makan kaki sendiri...
suka kayuh kaki kalau terlalu excited tengok cerita best kat babytv

















11. Cerita favourite kat babytv - Billybambam, Big bugs band, charlie and the magic numbers,
draco, concertino (sangat musical anak aku ni), Hippa hippa hey, cuddlies
Tapi cerita paling disukai adalah upin ipin dan boboyboi...
aku pun taktau kenapa baby suka sangat upin ipin..siap mengeluh tensen kalau dah habis
and aku perasan dia suka sangat warna MERAH..
setiap kali nampak warna merah kat TV dia gelak dengan happynya...

12. Makin banyak bercakap gelak besar..dah jarang menangis..
kalau nangis tu sebab tak cukup tidur atau boring sorang2
paling gelak kalau tengok muka sendiri kat cermin...
kalau sebut nama dia pun dia dah gelak tak tentu arah...
sungguh pemurah senyuman anakku ini...
Kalau boring hamza akan mengeluh siap sebut "haihhh"...
contoh masa dalam kereta kami dok berborak secara high pitch and tak layan dia langsung..
sekali dia sebut dengan panjangnya " haihhhh"...ahahahaha

suka tengok cermin 



13.now suka sangat ketap bibir bawah kalau aku dok pegang tanya
"hamza ada gigi ke ni meh ummi nengok" dia ketap mulut langsung tak boleh bukak...
kuat betul baby ni kan...kadang2 dia kemam2 bibir bawah ntah apa yang sedap

mengetap bibir

















14. Masuk hospital 3 hari from 15 mac to 18 mac sebab acute bronchiolitis
- eh adakah ini development?
takpela just for the sake of memory..hehehe.

Kat hospital nak discharge dah





















15. Hamza adalah baby yang boleh masuk dengan sesiapa saja ...boleh tahan ramah...
asalkan ada orang layan la katakan...
ntah ikut sapa padahal ummi dan abahnya introvert..hahah...
sampai doctor kat pantai kata
"hamza ni memang macam ni kaa dengan semua pun dia suka punya?"..

yang terbaru masa abah dia potong rambut, ada chinese lady kat salon ni nak pegang Hamza...
aku ni dah la kurang suka stranger pegang anak aku...
aku bagitau dia hamza baru muntah (memang betul pun) and dia nak jugak pegang...
sudahnya si hamza tergelak2 besar sama this lady sebab dilayan and lama pulak dia pegang..
berapa kali aku macam politely buat hint nak ambil hamza balik tapi dia dokla peluk anak aku..
last2 aku cakap aku nak change baju kena muntah dia..
terus tak teman dah husband potong rambut...hahaha...
call me whatever tapi stranger or random people pegang anak aku kurang suka la
pasal taktau dia pegang apa before tu kan...

My 7 months old Hamza

















16. Hamza consider baby tinggi biasa je..last check 65cm masa 6 bulan naik 1cm every month
tu sebab dia nampak bambam kot tapi Alhamdulillah membesar dengan baik..
berat sekarang tak tau sebab check kk bulan Mei ni...
I guess tak naik banyak pasal dia dah aktif sangat
Tapi baju romper ke apa kalau beli semua 9-12 months je yang muat

17. Practically eat anything yang boleh dia grab termasuk muka ummi and abah
aritu aku ada ambik video dia tengah syok tengok TV sekali dia jilat perut abah yang berlenggeng tu
adui nak pecah perut aku gelak..
















Rasanya itu je so far...
Makin aktif dan banyak akal rasa macam bermimpi je bila dulu masih dalam perut
sekarang dah lepas setengah tahun bersama
everyday is a new day for us
Syukur sangat ya Allah kerana kurniakan anak yang baik macam Hamza pada kami
Semoga dipanjangkan umur dan dipinjamkan lama kepadaku




Husband selalu cakap Hamza amused tengok aku
pasal dia ingat aku ni Billy bam bam
wah wah ini perli ke apa suruh aku kuruskan badan? hahaha
Tapi tak jadi marahla bila dia kata yang pink tu aku anak warna biru dia tu Hamza
Redha jela kata kami ni bambam macam dia tak bambam juga..haha

Billy Bam Bam






source


Monday, April 01, 2013

Wherever I may Roam

Last friday aku berjalan ke Paradigm Mall for the first time
after dah 9 months kerja kat area kelana jaya
Last time pergi with surfacing macam tak best
tapi kalini round wah banyaknya kedai best2

Ingat nak beli groceries kat Tesco sebab dah boring pergi giant
sekali terjalan ke H&M, Uniqlo, Brands Outlet, Cotton On
so budget bolehla cari baju kerja ke apa
tapi akhirnya baju kerja ke mana
groceries ke mana
pasalnya telah teruja tengok baju-baju Hamza yang comel

sambil pilih, snap gambar send to surfacing cepat2 via email
pasal husbandku ini kat India 3 hari
oh btw I survived 3 nights without surfacing jaga hamza sorang
First time surfacing outstation time ada Hamza
Alhamdulillah Hamza behave sangat2, senang tidur bagai
syukur

Proposal lulus maka beli dengan hati yang gumbira
Kenapa kan kalau nak beli baju sendiri kalau RM40 sehelai aku dah rasa mahal gila
aku dulu beli bundle je sehelai 8 hengget je
Tapi kalau baju anak 2 helai 75 ringgit ehhh ok sangat tuuu
kenapakah Muhammad Hamza?


























Baju Metallica itu memang sangat sangat puas hati!
Next week kami anak beranak boleh 1 geng pakai baju Metallica ke amcorp mall
tapi jap bukan ummi dah ambik baju abah yang dah tak muat tu ke?
so byebye abah tak boleh geng..ngeee

Hamza 7 months






















sukanya dia dapat berjalan bila abah dah balik
My baby boy dah 7 months old
masih tak sempat2 nak update milestone 5-6 months
He's eating, drinking and sleeping well
Thank you anak ummi for being a good boy
sangat menyenangkan hati ummi dan abah
Alhamdulillah