Wednesday, March 20, 2013

THREE ZERO




















Alhamdulillah
syukur kepada Allah aku dikurniakan nikmat untuk bernafas lagi
Macam baru semalam je umur ai belas belas
tiba-tiba dah TIGA PULUH

No celebration sebab birthday aku ni wrong timing orang kata
time tengah sengkek gila belum gaji lagi kan duit dalam wallet ada singgit2 je..haha
but it's ok the best part is,
birthday aku jatuh beberapa hari sebelum husband akan dapat yearly bonus astro
muahahah..devil's laugh
what to buy what to buy?
my surfacing, jom kita ke fossil..
oh selain itu nak jom LAS VACAS..ngeee


























Ini dia senarai kesyukuran umur 30 aku:

1. Bersyukur kerana dikurniakan kesihatan yang baik, kewarasan, kekuatan
dan kemudahan untuk bersamamu Ya Allah dan untuk menempuh setiap hari
dengan keluarga kecil aku
Hasbi Rabbi Jallallah

2. Bersyukur dikurniakan suami yang baik, bertanggungjawab, sangat penyayang
dan kelakar sangat mengambil berat tentang kebahagiaan aku dan hamza.
Aku tak mampu nak bayangkan
hidup aku tanpa surfacing.
He is my pillar of strength.

3. Bersyukur dikurniakan anak lelaki yang sihat, cukup sifat, bijak dan
membesar dengan baik.
Hamza lah segala-galanya buat aku - he's my everything.

4. Bersyukur kerana kedua ibu bapa masih ada, sihat walafiat dan tak pernah
 putus kasih sayang walaupun tak duduk bersama.
Ya Allah, panjangkanlah umur ibubapaku semoga mereka sihat sentiasa
dan diberkati oleh Mu. Love ayah and ummi so much.

5. Bersyukur dikurniakan ibu mertua yang sangat penyayang,
ambik berat kebajikan anak menantu, sporting dan open minded.
Love u so much mak semoga sentiasa sihat dan dipanjangkan umur.
Untuk arwah father in law, semoga bapak sentiasa dirahmati Allah,
dilapangkan kubur dan ditempatkan bersama orang beriman.

6. Bersyukur dikurniakan adik beradik yang sangat memahami, kelakar
dan caring. Happy birthday to satu-satunya adik lelaki aku, Mohd Azreen atau kembar aku
sebab kami share birthday yang sama.
Nanti aku balik rumah, ko nak bagi aku ipad ko kan? ngee

7. Bersyukur dikurniakan ipar duai yang caring dan sporting.
Semoga hubungan kita sentiasa mesra macam adik beradik.

8. Bersyukur dikurniakan sahabat-sahabat baik sejak sekolah, university
dan tempat kerja yang rapat macam adik beradik.
Juga bersyukur diperkenalkan dengan rakan-rakan baru dalam dunia blogging
yang baik-baik dan tak kedekut ilmu untuk share...you know who you are :)

9. Bersyukur diberikan kerja yang lebih terjamin, ada benefit untuk keluarga
dengan gaji yang better dari yang dulu.

10. Bersyukur diberikan rumah kecil untuk berlindung.
Walaupun hanya rumah sewa, tapi cukup selesa buat masa ini untuk kami.















































Cukup buat masa ini..
nothing else matter selain senarai di atas.
yang lain-lain semuanya bonus pada aku
Now my target is to get our dream house...
semoga dipermudahkan urusan kami
semoga dibukakan jalan
Semoga aku berjumpa dengan Thirty 01


























MY INTERMONOLOGUE:
Foo Fighters - Everlong

5 comments:

cha said...

happy birthday you. semoga murah rezeki, panjng umur dan bahagia dunia akhirat disamping suami dan anak you :')

eh 30? tak nampak macam kakak la hehe tetiba nak panggil kakak :p

eh kenapa i nak pegi profile u tak boleh? u ubah setting eh profile blog tak available?

LisaLisut said...

happy birthday Pet. or lela? hehehe

mcm anak mat salleh pulak si hamza ni rupanya

BAIZURA NATASHA said...

Happy birthday Nad. May u hv so many reasons to be happy in years to come :)
Have a blast!

cha said...

Eh jap. U ada kembar ke atau birth date sama?

pet09 said...

cha:
thank you for the wish and doa. wah wah cha u just made my day bila cakap tak nampak 30..ahahahah...profile tu i tukar setting google plus je. and i takde kembar tapi adik i yang umur 23 tu sama birthday :)

lisa:
Thank u lisa for the wish. pet or lela panggil sukahati je...mana datang muka mat salleh ahahah kulit sawo matang je ikut abah and ummi dia

bai:
thank you bai, yes there's so many reasons to be happy definitely :)