Friday, February 08, 2013
Kepadamu Kekasih
source: FB PDRM
Buat Adik Muhammad Irfan Raiyan, Penghuni Syurga
Berhentilah menangis sayang
Jangan dikesal kelahiranmu
Jangan diratap nasib malangmu
Siksa ini hanya sementara
Bahagia selamanya menantimu
Kesatlah air matamu sayang
Dipukul dicela tidak mengapa
Kerana Allah lebih menyayangimu
Dia yang maha Besar maha mengetahui
Dialah pelindungmu
Maha pengasih lagi mengasihani
Wahai anak
Anak yang tidak dimanja
anak yang bagai tiada harga
anak yang tidak berdosa
tiada pelukan dari bapamu
tiada ciuman dari ibumu
Hanya deraan dan kesakitan
Jangan digusarkan nak
Senyumlah wahai sayangku
Kerana syurga itu tempatmu
Ketahuilah janji Allah itu pasti
Damailah engkau di sana sayang
Al-Fatihah.
Adik Mohd Irfan Raiyan, 3 tahun telah meninggal dunia ketika dalam tidur
sewaktu nak dikejutkan oleh ibunya
Ibubapa mendakwa anaknya terjatuh dan terhentak di bahagian kepala
Laporan bedah siasat mengatakan anak ini dipukul dengan objek keras di kepala
mengalami pendarahan
kesan lebam, calar di badan dan rotan di kaki
Ibubapa kini direman untuk siasatan lanjut.
Sebagai seorang ibu,
hati aku sebak dan hiba
Tak mampu aku nak proses dan bertalu-talu soalan yang tidak terjawab dalam kepala aku
KENAPA KAU DERA ANAK KANDUNG SENDIRI?
TIADA PERASAAN SAYANG SEKELUMIT KAH PADA ANAK KAU?
IBU OH IBU YANG MENGANDUNG 9 BULAN
TIADA PERASAAN KASIHAN KE PADA ANAK SENDIRI?
KENAPA KEJAM SANGAT?
Anak adalah amanah Allah SWT
Tergamak kau mengingkari janji
Percayalah, takda satu hari pun yang kau takkan rasa menyesal
sekiranya benar kau dera anak sendiri
seumur hidup sepanjang hayat sampai mati.
Setiap kali aku tengok Hamza
aku peluk dan cium dia
bila teringat anak yang bernasib kurang baik
didera, dibuang ketika bernyawa
hati aku hiba sangat
Hamza kalau kena gigit nyamuk atau semut pun aku dah susah hati
Tapi aku yakin Allah maha adil
Ya Allah ya tuhanku,
Kau pinjamkanlah anakku ini sehingga nafasku yang terakhir
Kau panjangkanlah umur kami sekeluarga
Sekiranya aku pergi dulu, aku harapkan ia berlaku ketika anakku boleh berdikari
Kau lindungilah anakku dari segala kesakitan dan kesedihan
Dan aku amat mohon padaMu,
Janganlah kau ambil nyawa anakku sebelum nyawaku.
Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment