Monday, April 11, 2011

Which Way To Happy?

I had good foods this few days
Nothing happier than eating at random places

I love Chicken Hartz buffet at Sunway Pyramid
for rm24 you can eat any chicken u want as many as you like it
not just chicken, ada spaghetti, soup, pasta, salad, fruit. ice-cream
and apple crumble.
sedapnye...




Surfacing favourite menu - hot wings!


I look forward to go to pasar every sunday sebab nak makan cakoi ni
malay buat tapi rasa macam chinese nye cakoi
very light and fluffy
sedap di makan begitu saja panas-panas..
can't wait for next sunday




Cendol pun sedap
dekat highway setiawangsa - wangsa maju...
betul-betul selepas duke exit
macam-macam cendol ada
this one cendol durian and tapai


walaupun tapai ubi tetap sedap gile


Try makan thai food restaurant kat Prima, Sri Gombak
memang sedap tom yang seafood dia though i still prefer dekat Desa Melawati tu
tapi Kuey Tiow Pad Thai ni memangs sedap gile


Tom yam seafood


Pad thai


woi tak sedar diri betul...
lagi 8 bulan je masa ada ni nak buang lemak perut ko tu.
damn.



MY INTERMONOLOGUE:
Love Me Butch - Hollywood Holiday

Thursday, April 07, 2011

Face Down

When zana discover the "chronic bitchface" condition and posted it in her tumblr
I feel like screaming...
YESSS
finally, someone understands the situation

Basically it's a blank facial expression
and i think it's fine but some people perceive it as angry or moody face
It can be anytime, anywhere...


at a best friend wedding and you're the maid of honor
I actually really happy at that time and i think i already smiled


at a restaurant with bestfriends


even at my own engagement


It's by default
because it's how my face looks.
ngee.

I've been told by people to lighten up...
to smile a bit more

"why are u looking grumpy?"

"ko ni kalau tak kenal rapat memang orang ingat sombong..monconggg je muka"

"asal muke awak masam"- just happened recently, asked by my surfacing
when i had the popeye carnival chicken

see...even my fiancee of all people misjudged my emotion



Now instead of saying "it's my face damn it"
I can also say "I'm affected by chronic bitchface condition and there is no cure."




MY INTERMONOLOGUE:
Glen Hansard & Marketa Irglova - Falling Slowly

Tuesday, April 05, 2011

Take Me Home Country Roads










Ini bukan citer seekers atau ghost whisperer ye
Ini la jalan ke rumah aku dari jalan besar pada waktu malam
amacam scary tak?
ngeee

Kalau waktu siang dia cuma nampak annoying dengan lopak-lopak je
rujuk entry ini
Tapi bila malam dengan lampu jalan yang nan ado
memang berubah rupa menjadi sebuah "misteri jalan lama"
(surfacing tumpang promo filem terbaru Tayangan Unggul...hehehe)

Sapa yang penah masuk sini time malam mesti tanya aku
- tak takut ke wey?

Mula-mula memangla macam takut kan...tapi bila ko dah hari-hari lalu
dahla aku ni dulu memang suka balik pukul 2, 3 pagi
maka dah tak jadi ketakutan sangatla
siap boleh bawak rilek-rilek layan lagu sentimental
pergh memang syahdu

tapi kadang-kadang bila takut tak tentu pasal tu aku memang redahla jalan
drive gile laju sambil terpikir adui abisla absorber aku hancur
tapi sejak dah matang ni memang macam berani sikit
aku lagi takut kalau tiba-tiba ada kereta lain kat jalan ni
sebab jalan ni macam 1 way je...
so kalau kereta lain block memang bahaya la
Alhamdulillah so far memang takde kejadian hasad dengki manusia





Ha ni rupe rumah aku waktu malam...
ade tak rupe macam "house of 1000 corpses" by rob zombie...
ngeee



House of 1000 corpses

Rumah aku lagi ok sikit kot...
tak nampak haunted sangat kan
waktu siang lagi la nampak harmless...
letak pulak props budak kecik ni...
nampak ceria sunny gitu kan





My point is...
selagi tak dapat proper jalan
selagi tuhla aku akan lalu jalan macam ni setiap hari pegi balik keje
sad but true.

Last week Ketua Penghulu ada call tentang surat aku hantar tu
(he's the first responder)
Dia kata bukan tak nak buat, cuma belum ada peruntukan
Malah jalan tu pun tak pasti ada rizab jalan ke tak
dia kata elok benar la aku bagi kat Kementerian sebab they have bigger scale,
expertise, staff and of course allocation.

Aku memang amat menghargai feedback dar penghulu ni.
so now i'm waiting response from the big guy

What say you, Captain Spaulding?



Update:

Oh my memang miracle...
Tak sampai seminit aku publish post ni,
aku terima call dari KKLW in response to my letter
Esok pegawai siasatan dia akan datang tengok keadaan jalan...
Yeay!

At least, someone is doing something about it.
Hopefully they approve my application.
Ameen.



MY INTERMONOLOGUE:
Eric Clapton - Crossroads (Live with John Mayer)

Thursday, March 31, 2011

The Evil That Man Do


The ticket


Still ingat lagi konsert Iron Maiden yang aku tak dapat pergi tu?
Technically I should be going and ada tiket tu selama seminggu je
Pastu kena jual kat Azam

Reason:
Permintaan Surfacing untuk berjimba dengan blood brothers dia je



Since konsert Lamb of God aku tak dapat pergi tu aku dah cakap:
any concert after this, i'm going - like it or not

and so with Iron Maiden The Troopers live in Singapore
tapi bila Surfacing buat muka kesian berharap aku memahami
permintaan dia sebelum kawin ni
aku pun sebagai understanding fiancee meluluskannya...
cewah
yela orang dah beriya-iya memujuk dengan janji-janji manismu...
hahaha






I guess this is the only time before kawin he can fully enjoy himself
with great friends bromance dia pulak tu kan
karang tetiba ada terselit aku ni sorang pompuan...
cam tak best la kan
They must have their personal stories and gay jokes to share
Kalau aku ada mesti restricted



It's guy love - Megat, Anas, Zaidi, Surfacing


lagipun kali ni orang kuat dia -anas, megat and zaidi ada
lagi la dia nak beromantika 4 orang tu
But it's ok sebab dia teman aku pergi concert deftones a day before
terubat kekecewaan




Zaidi, anas, surfacing, megat, polpol, azam


so on that day aku hantar dia pergi airport
Nasib baik cuti umum pulak kan
Bila dah sampai sana tak dapat contact pulak surfacing ni
bengang je aku kan
Gigih la aku dok tengok update kat twitter apa cerita konsert kat sana

so dapat la aku tau sneak peak
contohnya PEN A ticket holder beratur punya lama nak masuk concert hall
pastu kebasahan sebab hujan lebat and tak boleh masuk
merchandise pulak banyak dah habis sebab sikit and mahal pulak
so tak berharap la nak dapat tour t-shirt ke dari surfacing nampaknya






Esoknya lagi 2 jam sebelum amik kat airport baru la surfacing call
dia kata sana roaming tak boleh and hp dia rosak tak boleh charge battery
dalam hangin-hangin ni, tak sabar jugak nak pergi ambik dia kat lcct
flight pulak sampai dekat pukul 11malam
Shananeh la mangsa kena lepak sama aku sementara nak kill time

Mula-mula macam tensen la kan...
tapi lepas dengar story dia and how he managed dapat duduk depan sekali
dekat barricade tu lepas mengharung lautan manusia

I feel so happy for him...
I mean he waited for 20 years for this
Ye, surfacing dengar Iron Maiden dari sekolah rendah lagi
Gile
Aku sekolah rendah dengar lagu ntahpape je semua
(malu nak sebut..wahahha)






Tengok betapa dekatnya si bruce tu dengan dia sampai kena air peluh


and then...tell me
who can get angry at someone you love so dearly?
ngeee

lagi-lagi bila that someone managed to grab this t-shirt for me




Awww...you're so damn sweet lah surfacing :)
Rambut ada panjang
muker ade ganasz
tapi hati bannyyakk cantik juge

Walaupun blink-blink tapi original merchandise
harusla big day out weekendnya pakai baju ni



ye saya memang suka posing gini sebab perasan muka nampak kurus


So terubatlah frust ku walaupun lepas ni masaklah ko surfacing
kalau ada band-band best datang singapore lagi
sebab aku akan follow...
muah ha ha





Thank you my surfacing.
Love.




MY INTERMONOLOGUE:
Iron Maiden - Phantom of The Opera

Ramble On





Aku serius tak paham dengan...


1. Parents yang bawak anak umur 5,6 tahun tengok cerita "...dalam botol".
Wey ko takde otak ke? cerita tu dahla 18pl ada scene2 gay...serius bodoh gila.
lagi aku sakit hati bila minah tu cakap sama kawan dia
"eh bagi aku duduk sebelah anak aku, aku nak borak sama dia"

Kau ni dibesarkan kat gua mana ha?
sejak bila panggung wayang tempat untuk berborak-borak?
Last-last kawan dia tu kena bawak anak dia keluar
sebab aku dah pandang-pandang setiap kali anak dia buat bising.
Bangang.


2. Orang yang berborak dalam panggung wayang atau memberi reaksi verbal time tengok movie.

Contoh : Cerita King's speech
Minah A: Oooo gagap ke dia ni
Minah B: Ish ish kesiannyaa dia tak boleh cakap betul
(sambil main bb)

Helloooo aku tak nak dengar commentary kau ok.
Aku bayar 12 ringgit sebab nak tengok movie...
bukan nak dengar suara kau memekak satu panggung.


3. Motor yang duduk tengah-tengah lane dan bawak slow.
Kalau kau ingat kau tu bawak kereta, sila beli kereta ok.
Aku drive kat lane kanan bukan sebab nak tunggu ko bawak 50km/j
dekat highway yang jalan besar tu


4. Kereta yang drive lane kanan sekali tapi bawak macam unta.
Ni satu lagi spesis aku tak paham.
Kau tau tak lane kanan tu tempat untuk memotong?
Kau ni mesti jenis orang pakai lesen bayar kan.

Tak payah nak kata had laju tempat ni 90km/j ke
kalau kau nak bawak slow duduk lane tengah atau kiri sekali.
Itu gunanya lane paling kanan sebab nak potong kereta kau yg lembap tu.
Faham?


5. Perempuan yang bawak kereta secara menakutkan.
Sabtu lepas aku pergi giant tunggu 10 minit
untuk makcik ni reverse kereta dia dari parking.
Yang paling menakutkan ialah sebelum keluar parking, die betulkan cermin kiri,
kanan reverse sikit, masuk balik, reverse sikit, masuk balik...
selama 10 minit.
kereta dia viva je.
Cara nak keluar tu macam bawak hummer pulak.

aiyoo makcik...
kau reti bawak keta ke tidak?
Sebab aku takut dia ter-reverse banyak,
aku terpaksa reverse jauh sikit untuk mengelakkan sebarang kejadian.
Makcik... kalau takut sangat bawak kereta, jalan kaki je atau suruh anak drive ok!


6. Orang tua berusia lebih 60 tahun bawak kereta slow gila dekat lane kanan.
Atuk, nenek...
ni sekarang zaman 2011...
highway kita ada 3-5 lane- lane kanan untuk kereta paling laju.

Bukan la nak kurang ajar kan,
tapi orang yang berusia lebih 60 tahun sepatutnya amik lesen memandu lagi sekali
untuk test mata boleh drive lagi ke tidak.
Kalau tak, sekejap-kejap nak brake sebab tak boleh agak jarak kereta depan...
adui serius bahaya.


7. Sales Assistant kat kedai yang berlagak macam dia pulak owner kedai.
Tengok aku yang pakai t-shirt band ni tengah tengok kasut ke beg ke
sibuk nak follow je kemana aku pegi...
bila pegang sikit barang dia...cepat2 betulkan dengan muka annoying
serius rimas ok.

Tolongla jangan layan customer macam dia takde duit nak beli...
I'm pretty sure those customer punya salary lagi banyak dari kau ok.
macam la kedai tu moyang kau punye.


8. Boyfriend yang bawakkan handbag girlfriend.
Kalau pegangkan kejap sebab dia nak pergi toilet, takpe lagi...
ni the whole day kau nak bawakkan.
Kalau kau ingat dengan cara macam tu kau sweet dan romantis, memang kau salah.
cuba kau tanya 10 orang perempuan,
nescaya 9 dari 10 tu akan muntah darah kerana annoying dengan kau dan gf kau.
1 yang setuju tu gf kau.
geli ok.


9. bila beli barang, cashier tanya "ada duit kecik tak?"
Kalau takde, buat muka tak puas hati.

weyyy, kau ingat aku ni bank simpanan nasional nak ada duit syiling banyak-banyak?
dah tau bukak kedai runcit, pergi la tukar duit siap-siap kat bank.
bukan semua orang akan beli barang cukup-cukup rm10 atau rm5.


10. Parents yang bawak anak umur 44 hari lepak kedai mamak
pukul 11malam ke atas.
Suka kau dapat keluar lepas pantang ye?
tapi kau tak kesian ke anak kecik malam2 kat kedai mamak
dengan asap rokok, udara sejuk, asap kereta...

ada sekali aku tengok kat uptown,
budak tu siap dah baring atas pangkuan bapak dia
tapi tidur mulut ternganga dan kepala anak dia dah senget
definitely bila bangun tu akan sakit tengkuk...

bapak dia buat tak tau je sebab sibuk sangat nak makan western
sanggup kau makan ye walaupun anak ko dah macam pengsan kat situ?
Hopefully bila aku dah ada anak, aku tak buat la macam tu.
serius kesian.



banyak lagi benda aku tak paham sebenarnya...
tapi next entry lah
gambar memang takde kena-mengena ye
aku suka je sebab nampak happy
ngeee




MY INTERMONOLOGUE:
Trivium - Down From The Sky

Wednesday, March 30, 2011

The Sweetest Thing

Nothing sweeter than best friends tried to surprise you but didn't work out
hahaha

Shana kata nak lepak ampang on friday night
aku macam
"err, betul ke wey, neesa takde ni nanti ko bosan je sama aku"

yela selalu keluar mesti bertiga...
shana pulak dari kajang jauh kan
lagipun semalam baru je lepak rumah aku makan bubur doyan
ahad nak jumpe lagi pasal birthday makan-makan aku
bukan aku taknak jumpa dia,
aku lagi sukee
cuma kesian dia drive jauh-jauh semata-mata nak lepak sama aku?
like seriously?


shana enjoying bubur doyan

tapi nak lepak aku ok je kan pasal memang kat area sini je...
sekali waktu lunch Neesa call...
"wey nak lunch ke, aku bosanla ingat nak surprise kau malam ni tapi aku bosan ni"

rupenye semalam pun patutnya neesa join datang rumah tapi penat
patutla shana datang lambat...
kesian dia menunggu kelaparan...
hampeh tak kawan-kawan aku ni...hahahaha


duduk bersila makan sate

tapi takpe malam tu memang kitorang kuar gak
nak makan al-rawsha tak jadi so aku bawak gi makan sate mahal tapi sedap
sate 90 sen kat kampung pandan
nama kedai tak tau...
tapi macam famous sebab ramai orang datang




Sate daging dia sangat sedap and besar
rasa juicy and tak liat...
kuah kacang memang terbaik macam home made
dia memang jual sate daging, ayam, hati dan mee rebus bonda
mee rebus pun sangat sedap
kira 90 sen tu amatla worthy


mee rebus bonda rm6.00

Pas makan terus pergi Empire subang
punyala semangat ni shana nak carik ape ntah
dahla nak cepat...
Neesa yang drive ni boleh pulak salah jalan
orang kata straight je dia pergi naik flyover
hadoii kelaka betul
mana taknya drive kat kedah 3 minit sampai uitm
ngeee




sampai sana dah dekat pukul 9.00
so jalan-jalan jap gi makan the loaf
Thanks shananeh belanja brownie sedap...
adui cemana la kan nak achieve brownie gempak camni



Us being silly

masa nak pergi the loaf nampak normy and family tengah makan
Probably tengah celebrate his wife, xavier's birthday
nak tegur tapi malu pulak so sms jela
normy sms back
"Have you ever met ayden before?"

memang sejak Ayden lahir tak pernah jumpe lagi
so pergi nak atas nak jumpa but the cafe already closed
dah pukul 10.00 time tu




elok nak pegi lif jumpa normy and family
Oh dear, Ayden is really really cute!
Especially with those dimples
punyala lama tak jumpa siap dah berlari si Ayden ni



The beautiful family - Normy, xavier & ayden


and bila tengok normy we were like
oh my, you haven't aged a bit!
dari zaman mmu jumpa until now sama je
I think almost 10 years
and here I am...
big, bulgy and curvy
ngeee





I love the pic below because Ayden ketawa gembira sangat
mesti neesa geletek dia ni...
jahat aunty neesa kan...
aww aunty
ke Ayden ketawa melihat akak pet?





Whatever it is I had a great time with my two great friends
Sorry Muiz kami telah culik Shana sampai pukul 1 pagi
Jangan marah isterimu...
marahlah kami yang bribe dia dengan strawberry lychee tea kat umah neesa
muah ha ha ha


Babe, bila kita nak makan steak kat Menate tu?



MY INTERMONOLOGUE:
The Beatles - Dig A Pony

The Long and Winding Road

Edaran sebagaimana Lampiran A

Y. Bhg Dato’/ Tuan/ Puan,

PERMOHONAN MENAIK TARAF DAN SENGGARAAN JALAN KAMPUNG DAN BEKALAN AIR PAIP DI KAMPUNG PERIMBUN, JALAN HULU LANGAT.

Adalah saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.


2. Kampung Perimbun adalah sebuah kampung yang wujud sejak sebelum kemerdekaan tanah melayu di batu 9 ½ , Jalan Hulu Langat. Kampung ini tidak mempunyai ramai penduduk. Sehingga hari ini, terdapat lebih kurang enam buah rumah dan sebuah kilang di kampung Perimbun. Keluarga saya adalah antara penduduk asal kampung ini.

3. Sehingga ke hari ini, Kampung Perimbun tidak mendapat kemudahan asas seperti air paip dan jalan yang berturap. Jalan yang digunakan setiap hari ialah sebuah jalan tanah merah satu lorong yang berlubang-lubang sejauh lebih kurang 150m dari kawasan penduduk ke jalan besar. Jalan tersebut turut digunakan oleh penunggang motosikal dari kawasan perumahan di seberang sungai langat (kawasan perumahan Taman Mahkota Cheras) sebagai jalan pintas ke Hulu Langat. Keadaan jalan yang amat daif dan semakin hari semakin rosak amat memberi bebanan kepada kami.

4. Bekalan air juga menjadi masalah utama kepada kami kerana penggunaaan bergantung sepenuhnya kepada air perigi atau air yang digali sendiri. Walaupun air tersebut boleh digunakan, aktiviti kilang yang amat dekat dengan kawasan yang diduduki amat membimbangkan kami terutamanya tentang kualiti air yang tidak ditapis. Kami amat berharap sekiranya dapat dibekalkan dengan air yang lebih bersih dan selamat diminum.

5. Sehubungan dengan itu, saya bagi wakil penduduk Kampung Perimbun ingin memohon pertimbangan pihak Y. Bhg Dato’/ Tuan/ Puan untuk menaik taraf dan menyenggara jalan kampung yang kami gunakan setiap hari untuk berhubung dengan jalan besar. Sila rujuk Lampiran B untuk gambar keadaan jalan tersebut dan lampiran C untuk peta lokasi Kampung Perimbun.

6. Kerjasama dan perhatian Y. Bhg Dato’/ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya, Nor Lela Abdul Ghani di talian
__________.


Sekian, terima kasih.


Yang Benar,

(NOR LELA ABDUL GHANI)
Wakil Penduduk Kampung Perimbun





Lampiran B




Jalan Utama dari Jalan besar (Jalan Hulu Langat)




Jalan yang membentuk "swimming pool" bila hujan







Swimming pool lagi






Lampiran C





Peta jalan tersebut



I've send this letter last week to the Ministry or Rural and Regional Development (KKLW),
Majlis Perbandaran Kajang, JKR Selangor, District JKR and
Hulu Langat District Officer.


Let's see who respond first, shall we?




MY INTERMONOLOGUE:
System of A Down - Chop Suey