Wednesday, March 30, 2011

The Sweetest Thing

Nothing sweeter than best friends tried to surprise you but didn't work out
hahaha

Shana kata nak lepak ampang on friday night
aku macam
"err, betul ke wey, neesa takde ni nanti ko bosan je sama aku"

yela selalu keluar mesti bertiga...
shana pulak dari kajang jauh kan
lagipun semalam baru je lepak rumah aku makan bubur doyan
ahad nak jumpe lagi pasal birthday makan-makan aku
bukan aku taknak jumpa dia,
aku lagi sukee
cuma kesian dia drive jauh-jauh semata-mata nak lepak sama aku?
like seriously?


shana enjoying bubur doyan

tapi nak lepak aku ok je kan pasal memang kat area sini je...
sekali waktu lunch Neesa call...
"wey nak lunch ke, aku bosanla ingat nak surprise kau malam ni tapi aku bosan ni"

rupenye semalam pun patutnya neesa join datang rumah tapi penat
patutla shana datang lambat...
kesian dia menunggu kelaparan...
hampeh tak kawan-kawan aku ni...hahahaha


duduk bersila makan sate

tapi takpe malam tu memang kitorang kuar gak
nak makan al-rawsha tak jadi so aku bawak gi makan sate mahal tapi sedap
sate 90 sen kat kampung pandan
nama kedai tak tau...
tapi macam famous sebab ramai orang datang




Sate daging dia sangat sedap and besar
rasa juicy and tak liat...
kuah kacang memang terbaik macam home made
dia memang jual sate daging, ayam, hati dan mee rebus bonda
mee rebus pun sangat sedap
kira 90 sen tu amatla worthy


mee rebus bonda rm6.00

Pas makan terus pergi Empire subang
punyala semangat ni shana nak carik ape ntah
dahla nak cepat...
Neesa yang drive ni boleh pulak salah jalan
orang kata straight je dia pergi naik flyover
hadoii kelaka betul
mana taknya drive kat kedah 3 minit sampai uitm
ngeee




sampai sana dah dekat pukul 9.00
so jalan-jalan jap gi makan the loaf
Thanks shananeh belanja brownie sedap...
adui cemana la kan nak achieve brownie gempak camni



Us being silly

masa nak pergi the loaf nampak normy and family tengah makan
Probably tengah celebrate his wife, xavier's birthday
nak tegur tapi malu pulak so sms jela
normy sms back
"Have you ever met ayden before?"

memang sejak Ayden lahir tak pernah jumpe lagi
so pergi nak atas nak jumpa but the cafe already closed
dah pukul 10.00 time tu




elok nak pegi lif jumpa normy and family
Oh dear, Ayden is really really cute!
Especially with those dimples
punyala lama tak jumpa siap dah berlari si Ayden ni



The beautiful family - Normy, xavier & ayden


and bila tengok normy we were like
oh my, you haven't aged a bit!
dari zaman mmu jumpa until now sama je
I think almost 10 years
and here I am...
big, bulgy and curvy
ngeee





I love the pic below because Ayden ketawa gembira sangat
mesti neesa geletek dia ni...
jahat aunty neesa kan...
aww aunty
ke Ayden ketawa melihat akak pet?





Whatever it is I had a great time with my two great friends
Sorry Muiz kami telah culik Shana sampai pukul 1 pagi
Jangan marah isterimu...
marahlah kami yang bribe dia dengan strawberry lychee tea kat umah neesa
muah ha ha ha


Babe, bila kita nak makan steak kat Menate tu?



MY INTERMONOLOGUE:
The Beatles - Dig A Pony

The Long and Winding Road

Edaran sebagaimana Lampiran A

Y. Bhg Dato’/ Tuan/ Puan,

PERMOHONAN MENAIK TARAF DAN SENGGARAAN JALAN KAMPUNG DAN BEKALAN AIR PAIP DI KAMPUNG PERIMBUN, JALAN HULU LANGAT.

Adalah saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.


2. Kampung Perimbun adalah sebuah kampung yang wujud sejak sebelum kemerdekaan tanah melayu di batu 9 ½ , Jalan Hulu Langat. Kampung ini tidak mempunyai ramai penduduk. Sehingga hari ini, terdapat lebih kurang enam buah rumah dan sebuah kilang di kampung Perimbun. Keluarga saya adalah antara penduduk asal kampung ini.

3. Sehingga ke hari ini, Kampung Perimbun tidak mendapat kemudahan asas seperti air paip dan jalan yang berturap. Jalan yang digunakan setiap hari ialah sebuah jalan tanah merah satu lorong yang berlubang-lubang sejauh lebih kurang 150m dari kawasan penduduk ke jalan besar. Jalan tersebut turut digunakan oleh penunggang motosikal dari kawasan perumahan di seberang sungai langat (kawasan perumahan Taman Mahkota Cheras) sebagai jalan pintas ke Hulu Langat. Keadaan jalan yang amat daif dan semakin hari semakin rosak amat memberi bebanan kepada kami.

4. Bekalan air juga menjadi masalah utama kepada kami kerana penggunaaan bergantung sepenuhnya kepada air perigi atau air yang digali sendiri. Walaupun air tersebut boleh digunakan, aktiviti kilang yang amat dekat dengan kawasan yang diduduki amat membimbangkan kami terutamanya tentang kualiti air yang tidak ditapis. Kami amat berharap sekiranya dapat dibekalkan dengan air yang lebih bersih dan selamat diminum.

5. Sehubungan dengan itu, saya bagi wakil penduduk Kampung Perimbun ingin memohon pertimbangan pihak Y. Bhg Dato’/ Tuan/ Puan untuk menaik taraf dan menyenggara jalan kampung yang kami gunakan setiap hari untuk berhubung dengan jalan besar. Sila rujuk Lampiran B untuk gambar keadaan jalan tersebut dan lampiran C untuk peta lokasi Kampung Perimbun.

6. Kerjasama dan perhatian Y. Bhg Dato’/ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya, Nor Lela Abdul Ghani di talian
__________.


Sekian, terima kasih.


Yang Benar,

(NOR LELA ABDUL GHANI)
Wakil Penduduk Kampung Perimbun





Lampiran B




Jalan Utama dari Jalan besar (Jalan Hulu Langat)




Jalan yang membentuk "swimming pool" bila hujan







Swimming pool lagi






Lampiran C





Peta jalan tersebut



I've send this letter last week to the Ministry or Rural and Regional Development (KKLW),
Majlis Perbandaran Kajang, JKR Selangor, District JKR and
Hulu Langat District Officer.


Let's see who respond first, shall we?




MY INTERMONOLOGUE:
System of A Down - Chop Suey

Tuesday, March 29, 2011

Great Day To Be Alive


The walnut brownies

My mother decided to throw a birthday makan-makan for me and my brother
since our birthday on the same date which is on the 20th

It's been a while since my last birthday celebration at home
Last time i remember was 15 years ago
My mom said this is my last bachelor year so why not just celebrate it
with family and friends

I'm really happy and excited so i decided to bake brownies
The food was really good
I had a blast with my wonderful family, my surfacing and great friends




My surfacing came around 12.30pm
So he got VVIP treatment from me...
ngee
Thank you my dear bagi jugak hadiah
"Slipknot live at download concert DVD"
Siap ada kad lagi...yeay


The bubur and pulut durian


Ayah kata "ko pakai jeans, ayah pun taknak pakai baju melayu"
hampeh..heheheh


my beautiful umi.
Thank you mom for throwing such a lovely gathering for me
and cook lots of super delicious foods


Cikman & Cik Idah
They have been really great and helpful to my family
since i was a kid


My sister Nobai and her friends


The newly wed and preggie Fara with Taufik
Thanks babe datang makan pedas walaupun prego..heheheh



Sue and hubby pun datang.
Thanks sue bagi hadiah kat aku dah tua ni...hehehehe



Linda family..
wah kawan-kawan aku datang suma dah ada suami and anak...
heheheh


My surfacing with kawan-kawan, megat & azura
(congrats guys baru tunang!) and daus



cute gileeeeee si komal ni...rasa nak gigit pipi tembun tu
Nama sebenar Akmal ye...ngeee


me, sister & isyraq, my spoil little nephew


My wonderful family - umi, ayah, ija, ajin and bai
my 1st sister je takde ni


Try to imitate Bai punya Bharata Natyam gesture
but obviously failed


Sorang lagi budak cute gile si kodam.
I just have to post this pic because it's too sweet
Nama sebenar adam ye...ngeee


Ni la parents kodam n komal...koya and kodex
hahahaha...



My 19th years old bro dengan girlfriend, cikgu murni
murni ni rajin sangat memang sesuai betul buat menantu




Shananeh with husband, muiz, Raiha and Raja
Sorry korang aku ke sana sini tak dapat betul2 borak


Kesian qalif demam sampai muntah 2,3 kali


Sis, cikman, cik idah and me
The canopy cikman punya.



Me and bro potong kek...
macam malu kan dah besar-besar potong kek...hahaha
Thank you my surfacing and my
future mother-in-law belikan cheese cake yang sedap ni


With my surfacing yang berbaju anak dato'...hahahah
kalau letak rantai jadi anak bomoh pulak




with the great shananeh!
She and muiz captured lotss of beautiful pictures as usual...
Can't thank you enough babe



With my ladyboss, Eriko and big boss, En Razak
They gave me pretty card with lovely words and voucher to buy
Tun M's latest book. Thank you boss!
I went to a few MPH last week to get the book but it's sold out
have to wait about a week for the next batch



Suami, isteri dan...kawan baik...
ngeee
aku telah bertukar baju sebab abis baju putih kena sambal
kanak-kanak kan


With my surfacing and friends
Thanks guys datang umah aku melalui jalan komunis tu


With raja, raiha, shananeh and yaya


The ladies...yang belum kahwin ni badan lagi besar
dari yang anak 2...adui kecewa


Red velvet cupcake courtesy of Yaya and family...
Thank you babe, effort ko bake untuk aku amat dihargai
sedap sangat


Edex hijack gambar romantis kami..cewahh


me and fiancee


Can't believe I'm already 28
How time flies
Whatever it is,
syukur Alhamdulillah for the love and joy
I'm looking forward to 29...
By that time, I will be a wife or probably a mother-to-be,
InsyaAllah :)



MY INTERMONOLOGUE:
Janis Joplin - Get It While You Can